Followers

rantau ku sayang

Saturday, October 4, 2014

Pas Desak DAP Jelaskan Pemecatan Iszuree....PAS Kena Teruk Hentam Masih Jadi Sekutu Lagi Kah?


Kerajaan DAP Pulau Pinang bertindak tidak adil apabila menyingkirkan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim daripada semua jawatankuasa tetap pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut serta membekukan peruntukannya.

Penolong Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pemecatan Bendahari Pas Pulau Pinang itu perlu dibuat mengikut lunas undang-undang serta hak asasi sejagat iaitu memberi hak membuat penjelasan dan membela diri jika benar beliau melakukan kesalahan.

Tegas beliau, sekiranya tiada sebab dan alasan pemecatan itu, kerajaan negeri itu boleh dituduh menghalang seorang penjawat awam melaksanakan tugasnya.

"Mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976, seseseorang Ahli Majlis yang digantung tugas atau ditamatkan perkhidmatannya perlu diberikan hak untuk memberikan penjelasan dan tidak sewajarnya menafikan hak itu tanpa diberi peluang membela diri.

"Saya melihat ada sesuatu tidak kena dengan pemecatan ini. Kerajaan Pulau Pinang yang telah memerintah kerajaan negeri selama dua penggal sepatutnya tahu bagaimana untuk mengendalikan kes seumpama ini kalau ada salah laku membabitkan seorang Ahli Majlis,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sabtu lalu, Iszuree mengesahkan menerima surat daripada MPPP yang memaklumkan mengenai kedudukannya yang dikeluarkan daripada semua Jawatankuasa Tetap majlis berkenaan serta semua peruntukannya dibekukan.

Tindakan itu difahamkan diambil selepas Iszuree didakwa dengan lantangnya mengkritik polisi kerajaan negeri berhubung pemilikan rumah mampu milik dalam kalangan penduduk negeri ini.

Dalam hal itu, Takiyuddin berkata, DAP didesak untuk memberikan penjelasan sebenar kepada Iszuree dan parti Pas sendiri sebagai menghormati rakan sekutu dalam pakatan pembangkang.

"Beri keadilan kepada individu, keadilan kepada parti yang diwakili individu ini sebagai rakan kongsi dalam pakatan pembangkang.

"Kita bukan untuk melindungi pesalah tetapi beri peluang untuk individu itu membela diri,'' katanya. 

No comments:

Post a Comment