Followers

rantau ku sayang

Tuesday, June 3, 2014

PUAS SEBAR FITNAH, NAK SELESAI LUAR MAHKAMAH PULAK???


Agak - agak la wei!!! Masa sedap sebar fitnah hari tu, kenapa dia tak terfikir yang ada orang akan ambik tindakan terhadap dia? Sekarang tau pulak dia menggelupor.

Sekarang baru la dia sesak nak selesaikan kes fitnah tu diluar mahkamah dengan cara mediasi? Sudah la!!! Jangan di layan budak Nurul tu. Saman je dia dimahkamah.

Biar kes tu dibicarakan dengan mendedahkan bukti yang berkaitan. Kalau betul dakwaan yang dia buat, maka tak salah la kenyataan dia sebelum ini.

Tapi kalau tengok pada keadaan hari ini, memang nampak sangat la yang dia takut dengan bayang - bayang dia sendiri. Masa buat tak nak guna Kepala Otak. 

Maka adalah diharapkan supaya Datuk Raja Nong Chik jangan layan Si Nurul Izzah ni. Saman je dia kat dalam mahkamah supaya dia sedar diri sikit. Jangan memandai - mandai je buat tuduhan dan sebar fitnah sesuka hati dia je!!!
 KUALA LUMPUR - Seorang hakim baharu ditetapkan untuk menjadi orang tengah dalam penyelesaian kes saman fitnah yang difailkan oleh bekas Menteri Kabinet, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan dua yang lain.

Hakim Mahkamah Tinggi Nik Hasmat Nik Mohamed menetapkan 26 Jun ini untuk menjadi pengantara pertikaian sivil antara kedua-dua pihak.

Dalam saman fitnah yang difailkan pada 17 Julai tahun lalu, Raja Nong Chik menamakan Nurul Izzah, penerbit berita dalam talian Mkini Dotcom Sdn Bhd dan wartawan Lu Wei Hoong sebagai defendan.

Pada bulan Februari, kedua-dua pihak gagal mencapai penyelesaian selepas menemui hakim pengantara, Zainal L. Salleh di Pusat Mediasi di Kuala Lumpur.

Raja Nong Chik menyaman Nurul Izzah dan dua yang lain kerana mendakwa memfitnah beliau ke atas penjualan tanah di Bukit Kiara.

Beliau memohon perintah mahkamah untu defendan menerbitkan permohonan maaf atas terma beliau.

Dalam tuntutan mahkamah, bekas senator itu mendakwa Nurul Izzah telah menyebabkan penyiaran pernyataan fitnah dan palsu terhadap beliau pada sidang akhbar pada 4 Mei.

Beliau mendakwa Nurul Izzah telah menyebabkan kenyataan-kenyataan yang sama disiarkan dalam portal Malaysiakini dalam dua versi, bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada hari yang sama.


Beliau mendakwa terdapat perkataan tersirat bahawa beliau menyalahgunakan kedudukannya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar untuk kepentingan peribadi dan keuntungan.

No comments:

Post a Comment