DAP sekali lagi memainkan blaming game dengan menunding jari kepada UMNO dan BN dalam isu hudud. Inilah keputusan terbaru CEC DAP yang masih belum sah itu.
Dalam masa yang sama, DAP cuba memutar belitkan tindakan pemimpin mereka sendiri yang membenarkan pembentangan usul hudud di dalam dewan Undangan negeri Selangor, satu tindakan menegakkan benang yang basah dan sungguh memualkan.
Di antara keputusan CEC DAP :
UMNO and BN Should Stop Playing Political Games With Hudud To Win Muslim Support But Instead Respect The Sanctity Of The Secular Nature Of The Federal Constitution.
DAP fully endorses Selangor state assembly speaker Hannah Yeoh for allowing a motion by UMNO Sungai Air Tawar assemblyperson Kamarol Zaki Abdul Malik on hudud to study whether it is ready to be implemented in Selangor.
Hannah has demonstrated that despite her publicly stated opposition to hudud, she is performing her constitutional role as an impartial, neutral and democratic Speaker for all including the Opposition, by allowing freedom of expression at the highest legislative body in Selangor.UMNO dan BN 'bermain politik tentang Hudud' atau pembangkang sendiri yang sebenarnya bermain politik?
Dalam masa yang sama, DAP gagal untuk menegur Nik Aziz yang terang-terangan telah mengkritik parti DAP. Yang lebih memeranjatkan ialah Nik Aziz menegur pemimpin Melayu dalam DAP itu supaya lebih mengutamakan agama Islam daripada pendirian parti DAP!
Apakah itu pendirian setiap Melayu di dalam DAP?
Selain daripada calon DAP Teluk Intan, apakah Zairil Khir Johari DAP juga berpendirian sedemikian?
Bekas calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd. Daud sepatutnya lebih mengutamakan agama Islam berbanding pendirian parti politik yang disertainya.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, agama yang wujud sejak beribu-ribu tahun lalu lebih penting berbanding sesebuah parti politik kerana telah menjadi pegangan hidup manusia sejak sekian lama.
Sehubungan itu katanya, tiada sebab kenapa Dyana Sofya perlu mengutamakan DAP lebih daripada agama yang dianutinya sehingga terpaksa menolak pelaksanaan hukum hudud.
"Dalam pertemuan pagi semalam, baru saya dengar penjelasan Dyana (Sofya) yang dia tidak kata tolak hudud sebagaimana dilaporkan wartawan, cuma dia ikut pendirian parti.
"Jadi saya kata pula, agama dengan parti mana lebih utama. Parti baru lagi, 40 hingga 50 tahun sedangkan agama sudah beribu-ribu tahun.Patut agama lebih utama. Dia terus senyap," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di Medan IlmuJelas sekali laporan di atas mendedahkan kedaifan dan kenaifan calon DAP Teluk Intan dan seolah-olah telah diperalatkan oleh parti DAP.
Yang hairannya, kenapa Lim Guan Eng dan CEC DAP tidak pula menegur Nik Aziz dan UMNO serta BN pula yang diserang?
Bukankah itu hipokrit namanya?
DAP juga telah berbohong dengan mendakwa bahawa UMNO menarik balik usul hudud tanpa sebarang alasan.
UMNO surprisingly withdrew the motion yesterdaywithout any reason givenPadahal, UMNO Selangor telah memberi alasannya.
Wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini bersetuju menarik semula usul meminta kerajaan negeri mengkaji kebarangkalian pelaksanaan hudud di negeri ini yang sepatutnya dibentangkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Isnin ini.
Penarikan balik usul itu menurut Ketua Pembangkang DUN negeri, Datuk Mohd. Shamsudin Lias dibuat bagi memberi peluang kepada 15 wakil rakyat daripada Pas negeri mengemukakan sendiri usul berkaitan hukum hudud di Selangor yang merupakan antara agenda serta matlamat besar dalam perjuangan parti itu selama ini.
Selain menjadi dasar perjuangan Pas, beliau melihat isu hudud juga menjadi bahan kempen yang sering dilaung-laungkan oleh parti itu terutamanya ketika pilihan raya.
"Justeru, dalam perbincangan dengan wakil-wakil rakyat BN semalam, kita putuskan untuk menarik balik usul berkenaan yang sepatutnya dibentangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik dalam sidang DUN nanti.
"Usul itu dilihat bukanlah untuk mengemukakan rang undang-undang mengenai pelaksanaan hudud di Selangor.
Sebaliknya, usul itu lebih menjurus kepada pertanyaan mengenai pendirian kerajaan negeri sama ada mahu melaksanakan hukum hudud di negeri ini termasuklah mungkin akan mengadakan kajian atau pandangan rakyat mengenai pelaksanaan hukum itu.
"Oleh kerana hudud merupakan agenda Pas, maka biarlah parti itu mengusulkan pelaksanaan hukum itu di Selangor. Kita lihatlah sejauh mana kebertanggungjawaban Pas dalam merintis pelaksanaan hudud di negeri ini," katanyaSelain daripada justifikasi di atas, MiM melihat tindakan UMNO Selangor itu juga untuk menangkis suara-suara sumbang seperti yang dikeluarkan oleh CEC DAP tentang hudud kononnya UMNO 'bermain politik' tentang hudud.
UMNO Selangor membenarkan PAS Selangor sendiri yang mengemukakan usul tentang hudud dan sekaligus mematikan suara-suara sumbang DAP terhadap UMNO.
Persoalan besar sekarang,
1. Apakah PAS Selangor berani menyahut cabaran tersebut dan membuktikan mereka bukan patung dan mendengar cakap DAP?
2. Apakah DAP berani menegur PAS Selangor jika PAS mengemukakan sendiri usul tentang hudud?
3. Atau DAP akan terus dengan blaming game mereka menyalahkan UMNO tetapi takut untuk menegur Nik Aziz?
No comments:
Post a Comment