Followers

rantau ku sayang

Monday, June 16, 2014

Hak penjagaan anak: DAP mula buat laporan polis terhadap KPN...Belum Memerintah Negara Lagi Tu?

Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo membuat laporan polis ke atas Tan Sri Khalid Abu Bakar atas keengganan ketua polis negara itu untuk menurut perintah mahkamah sivil dalam kes perebutan jagaan anak melibatkan pasangan berlainan agama.

Gobind dalam laporannya menyebut, kenyataan IGP dan keengganan untuk mematuhi perintah mahkamah tersebut tentunya memberi "impak besar" kepada sistem perundangan.

Laporan yang dibuat di balai polis Cheras itu merupakan permulaan bagi siri laporan seluruh negara yang akan dilakukan DAP berhubung isu sama, seperti diumumkan oleh setiausaha agung parti, Lim Guan Eng semalam.

Kritikan ke atas IGP timbul kerana enggan bertindak dalam dua perintah mahkamah, masing-maisng melibatkan ibu bukan Islam, S Deepa dan M Indira Gandhi, yang diberikan hak jagaan anak.

Khalid memberi alasan bahawa beliau serba salah dalam mengikut perintah dari dua sistem mahkamah berbeza, kerana mahkamah syariah memberi hak jagaan kepada bapa kanak-kanak terlibat, seorang Islam. 

No comments:

Post a Comment