Followers

rantau ku sayang

Saturday, June 14, 2014

Menjawab mereka yang cemburu dan dengki terhadap Syed Mokhtar


Saya nak makan nasi lemak, beras dibeli dari siapa? – BERNAS! BERNAS milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Makan nasi lemak, takkan tanpa minuman, so order kopi 0. Air buat kopi, jika tinggal di Johor beli air dari Aliran Ihsas Resources, Aliran Ihsas Resources milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Minum kopi mesti campur gula Gula di Malaysia, dua pengeluar sahaja MSM dan MSR. MSM milik Felda, 20% saham dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary; MSR milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sepenuhnya


OK, cakap banyak sekarang nasi sudah sejuk, mahu panaskan Guna gas stove, Gas Malaysia milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary

Guna microwave oven, elektrik, TNB beli elektrik dari siapa? = IPP. IPP terbesar di Malaysia ialah Malakoff. Malakoff milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary

Sekarang tak nak makan nasi, pergi McD sahaja la… naik motor Motor Kriss, keluaran MODENAS. Modenas milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.



Tak nak naik motor, naik kereta. Kereta apa? Proton. Proton milik DRB HICOM. DRB HICOM milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Tak nak beli Proton la. Beli Honda saja. Honda Malaysia milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.


Beli kereta nak buat pinjaman perbankan islam, pergi Bank Muamalat. Bank Muamalat milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Kereta kena ada insurans coverage. Insurance beli dari siapa? = Uni Asia Insurance Uni Asia Insurance milik siapa?= Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary

Nak ambil road tax, kena pergi PUSPAKOM. Puspakom milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary

Ok la tak nak naik kereta. Naik keretapi lagi senang Landasan keretapi siapa buat?= MMC. MMC milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary. Sekarang, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary pun nak ambil alih KTMB

Ok tak nak guna keretapi ambil kapal terbang saja la… nak pergi Johor! Senai Airport milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary

Tak nak ambil keretapi, kapal terbang, naik kapal laut sahajala. Pergi Pelabuhan Tanjung Pelepas. Tanjung Pelepas Port milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Tak nak pergi Tanjung Pelepas, pergi Johor Port. Johor Port milik siapa? = MMC. MMC milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Ok la… I orang KL, naik MRT sahaja la… (apabila siap) Projek MRT, siapa kontraktor terbesar? = MMC. MMC milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Macam ni la… tak nak keluar rumah langsung! Duduk rumah, hantar surat sahaja! Apabila nak hantar surat, kena lekat setem! Apabila kita lekat setem sahaja, kita sudah bayar Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, kerana POS Malaysia pun sudah diswastakan kepada Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Tahniah Tan Sri.. Alhamdulillah...Tan Sri Dyed Mokhtar Al-Bukhary telah melaksanakan tanggungjawab fardu kifayahnya kepada seluruh umat islam khususnya di Malaysia...

Semua Umat Islam mengucapkan terima kasih...teruskan Tan Sri...semoga kami semua sentiasa mendapat yang halal dan tiada yang subhah..amin 


P/S Kita sebagai umat Melayu patut berbangga dan usah biarkan Tan Sri diperlecehkan oleh kaum jauh yang lebih kaya tapi masih cemburu dan tamak haloba mahu bolot semua . 

Menyampah pulak baca satu mamak hina Tan Sri di blognya sebab ngikut sangat informer tanpa siasat dan pertimbangan bijak hingga gelap mata hati untuk hargai kemurniaan dan keikhlasan Tan Sri. Kadang-kadang informer mungkin ada kepentingan peribadi untuk jatuhkan Tan Sri. 

Orang macam Tan Sri patut jadi contohi dan model. Bukan mencemburui hasil usahanya berpuluh tahun.



Yang tak ramai tahu, Tan Sri bukan hanya mengejar ini semua untuk kekayaan dirinya kerana hidupnya amat sederhana. Dia hanya menjalankan amanah untuk agama banggsa dan negara!

Mungkin mereka ini penganut ugama sesat hingga tak tau dan terlalu dengar sangat dongeng yang dicerita sana sini hingga banyak tuduhan dan penghinaan yang dibuat terhadap pelbagai organisasi Melayu, ulamak dan organisasi islam adalah berdasarkan fakta salah.


Khabarnya ada orang maha tinggi dengki terhadap perniagaan pelabuhan Tan Sri di Johor. Sebelum itu didengki lapangan terbang yang diuruskannya. 

Yang itu mamak tu tak mahu pulak tulis pula. Takut pulak ....?

No comments:

Post a Comment