Followers

rantau ku sayang

Tuesday, October 7, 2014

Anwar tidak perlu dilantik semula sebagai penasihat ekonomi - Azmin...Inilah Kalau Kroninya


Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu dilantik semula untuk jawatan Penasihat Ekonomi Selangor kerana beliau tidak pernah dipecat, kata menteri besarnya, Azmin Ali.

Ujarnya bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hanya bertindak menutup pejabat Anwar di Plaza Peransang atas faktor mengurangkan kos pentadbiran, tetapi tidak pernah memecat Anwar.

"Tak perlu lantik semula. Sebabnya beliau bukan dipecat," tegasnya ketika ditemui di Majlis Kesyukuran dan Sambutan Aidil Adha bersama Menteri Besar di Taman Keramat, pagi tadi.

Azmin tidak pula mengulas kenyataan bekas Ketua Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), Faekah Husin bahawa perkhidmatan Anwar ditamatkan pada hari pejabat Penasihat Ekonomi Selangor ditutup.

Faekah yang dihubungi Antarapos berkata dalam kenyataan medianya pada 22 September secara jelas 'mengucapkan terima kasih kepada Anwar' sebagai simbolik kepada pemecatannya daripada jawatan itu.

Menurut Faekah, langkah penutupan itu turut dipersetujui Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (MMKN) yang ketika itu dianggotai empat exco PAS sebagai menjimatkan kos pentadbiran negeri.

Sementara itu Azmin turut menyentuh penyelesaian isu rampasan Bible yang pernah menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri sekitar awal tahun ini.

"Setakat ini saya belum mendapat penjelasan dari JAIS dan MAIS. Saya tidak ada maklumat ketika ini, dan akan mengadakan perbincangan dengan pihak yang terbabit. Pulang atau tidak? Itu tertakluk kepada perbincangan, nanti tidak adil jika terus buat keputusan," katanya lagi.

Pada 2 Januari lalu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu pejabat Persatuan Bible Malaysia (PBM) di Damansara dan merampas kira-kira 300 kitab Bible versi Bahasa Melayu dan Iban.

Turut ditahan adalah Pengerusi PBM ketika itu, Lee Min Choon dan Setiausaha Agungnya, Sinclair Wong.

Ia bagaimanapun menjadi kontroversi apabila kerajaan negeri yang ketika itu dipimpin Khalid cuba menolak tanggungjawab itu kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan peguam negara.

KDN pula mendakwa tiada kuasa berhubung rampasan itu kerana perkara itu berada dalam kuasa kerajaan negeri.

JAIS enggan memulangkan Bible itu dan percaya masih ada ruang untuk mereka membawa isu itu muka pengadilan.

Justeru, hingga kini status isu rampasan Bible masih tergantung.

Azmin dalam pada itu turut ditanya berkenaan perjanjian air Selangor dengan kerajaan Persekutuan.

Beliau buat kesekian kalinaya berkata kerajaan negeri akan menghantar surat kepada kerajaan persekutuan supaya perincian perjanjian yang ditandatangani Khalid sebelum ini dapat didedahkan. 

No comments:

Post a Comment