Followers

rantau ku sayang

Monday, August 11, 2014

Gempar!!!! Dewan Ulama PAS Sudah Bersedia Keluar Pakatan Rakyat?


Dewan Ulama PAS Pusat mengambil langkah bersedia jika terpaksa meninggalkan Pakatan Rakyat berikutan konflik Menteri Besar Selangor  yang dilihat semakin meruncing.

Pemangku Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya tidak menghadapi sebarang masalah dengan keputusan tersebut setelah berhadapan dengan pengalaman politik sejak parti itu ditubuhkan.

"Seandainya kita (PAS) bersendirian kita terima. Ini sejarah-sejarah yang telah disebut oleh Tok Guru (Nik Abdul Aziz). Laluan PAS ini bukan mudah.

"Keputusan Majlis Syura Ulama PAS telah membuat ketetapan mengenai keputusan itu.

"Ia merujuk kepada lunas-lunas perlembagaan semasa membuat keputusan itu," katanya merujuk laporan Bernama selepas menghadiri sebuah sambutan Aidilfitri di Kota Baharu.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, PAS mahu melihat isu itu diselesaikan dengan baik dan menafikan keadaan politik itu menyebabkan perpecahan dalaman gabungan pembangkang.

"Tidak seperti itu. Ini suatu yang memberi kematangan dalam berpolitik dan saya minta biarlah semuanya bertenang dan mencari jalan keluar terbaik.

"Kalau Dewan Undangan Negeri dibubarkan pun ia ada masalah juga," katanya.

Sebelum ini, Nik Aziz menegaskan bahawa Majlis Syura Ulama PAS tidak berganjak dengan keputusannya untuk mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Katanya, pemecatan Khalid daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak ada kaitan dengan PAS. 

No comments:

Post a Comment