Followers

rantau ku sayang

Saturday, August 16, 2014

ADUN Hulu Kelang masuk IJN


ADUN  Hulu Kelang, Saari Sungib dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur petang semalam bagi  mendapatkan rawatan kecemasan setelah mengadu sakit dada.

Tiada perkembangan baru diterima tapi sumber memberitahu keadaan beliau agak kritikal.

Saari merupakan seorang daripada dua Adun Pas yang menyokong perlantikan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai MB Selangor.

Ini melanggar pendirian Majlis Syura Ulama Pas baru-baru ini dan mendahului Mesyuarat Jawatankuasa Pusat.

Sehingga kini  beliau masih enggan menarik balik surat sokongan beliau sebagaimana diarahkan Setiausaha Pas Selangor.

No comments:

Post a Comment