Followers

rantau ku sayang

Thursday, August 21, 2014

Exco PAS Selangor pertahankan Khalid sebagai MB Rakyat


Nampaknya tak surut juga cerita mengenai krisis politik di Selangor walaupun sudah masuk minggu ketiga... rally yang panjang orang kata. Tan Sri Abdul Khalid tetap bertahan sebagai MB Selangor, disebalik sudah macam-macam hal PKR cuba buat kat dia.

Apa yang menarik untuk diperhatikan adalah biarpun PAS Pusat sudah menarik sokongan terhadap Khalid, namun kekaguman ahli dan sebahagian pemimpin PAS terhadap beliau tidak surut begitu sahaja.

Pada Rabu, Exco PAS Selangor Dr Halimah Ali mempertahankan Abdul Khalid sebagai seorang yang tegas dalam urusan pentadbiran negeri.

Menurut beliau, kemelut yang berlaku di Selangor sekarang adalah berpunca dari ahli politik dan bukanlah dari orang dalaman mahupun pentadbir negeri itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan cubaan menjatuhkan Khalid sebagai MB Selangor yang semakin meruncing hari ini.

“Jangan tanya saya soal politik, sebab saya di sini bekerja untuk rakyat.

“Kami di dalam situasi yang kami tidak mahukannya pun, kami bukan nak kepada situasi ini.

“Kalau apa juga soal politik, kamu semua tanya pada orang politiklah,” katanya di dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat Exco di Bangunan SUK Selangor, pada Rabu.

Malah jelas Halimah lagi, Khalid merupakan seorang menteri besar yang sentiasa memikirkan rakyat dalam setiap keputusan yang diambil ketika menjalankan urusan pentadbiran.

Itu dapat dilihat ketika ramai yang mendakwa Khalid kedekut untuk membelanjakan wang simpanan yang berbillion ringgit melalui rizab Selangor.

“Ya (Khalid berhati-hati soal kewangan), sebab itu duit rakyat. Beliau bertanggungjawab ke atas duit-duit itu, dan beliau perlu teliti betul-betul dan siapa yang nak minta, kena yakinkan beliau lah.

“Selama enam tahun pengalaman saya bersama menteri besar, keputusan yang dia buat semua untuk rakyat, dan beliau akan pastikan rakyat mendapat manfaat dari apa yang diputuskan.

“Itu bagaimana dia berfikir sebelum ini, yang lain saya tak tahu,” tambahnya lagi.

Halimah juga menjelaskan bahawa selagi mana Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak dibubarkan dan MB tidak meletakkan jawatan, mereka akan tetap meneruskan tugas-tugas yang diamanahkan kepada mereka seperti biasa.

Beliau juga menolak adanya unsur-unsur politik di dalam hal pentadbiran negeri sepanjang ianya berada di bawah seliaan Khalid selama dua penggal ini.

“Kami adalah yang terakhir dari PR yang sedang menjalankan urusan pentadbiran negeri, (kalau soal) politik itu orang politiklah punya cerita, pimpinan politik lah yang akan buat keputusan.

“Saya yang menurut perintah, mereka suruh saya duduk sini, saya duduk sini. Jaga elok-elok rakyat Selangor, saya duduk elok-elok jaga rakyat Selangor. Kalau tak nanti yang RM3 billion habis sekejap sahaja,” tegasnya kepada wartawan.

No comments:

Post a Comment