Followers

rantau ku sayang

Thursday, August 14, 2014

Pecat Exco: Surat Perkenan Sultan Selangor Didedah


Selepas didakwa bertindak tidak mengikut undang-undang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akhirnya mendedahkan surat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pemecatan lima exco Pakatan Rakyat negeri itu.

Salinan surat perkenan Sultan Selangor berhubung pemecatan lima exco Pakatan Rakyat yang didedahkan  Khalid di laman Twitternya.


Menerusi surat bertarikh 12 Ogos yang dialamatkan kepada Khalid itu, baginda mengambil maklum mengenai cadangan untuk menamatkan perkhidmatan lima exco iaitu dua daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan tiga lagi yang mewakili DAP.

"Beta tiada halangan jika YAB Tan Sri Menteri Besar menamatkan khidmat mereka," titah baginda seperti yang terkandung dalam surat tersebut.

Pada Selasa, Khalid mengemukakan surat cadangan bagi meminta perkenan Sultan Selangor supaya kelima-lima exco daripada PKR dan DAP yang tidak menyokong pentadbirannya digugurkan serta-merta.

Tiga anggota exco daripada DAP ialah Datuk Teng Chang Khim, V. Ganabatirau dan Ean Yong Hian Wah, sementara exco daripada PKR ialah Elizabeth Wong Keat Ping dan Dr Daroyah Alwi.

No comments:

Post a Comment