Followers

rantau ku sayang

Tuesday, August 19, 2014

DARIPADA 37 AHLI MESYUARAT PAS PUSAT, HANYA 10 ORANG SHJ SOKONG HADI AWANG


Majoriti berpendirian, walau sehebat mana pun drama yang dimainkan oleh PAS, akhirnya PAS akan terpaksa tunduk kepada kehendak Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. Ditambah pula dengan pelbagai ugutan yang dibuat oleh Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim terhadap beberapa orang pemimpin PAS, membuatkan keputusan akhir PAS amat mudah diteka.

Biarpun PAS mendakwa mereka hanya mengikut ketetapan yang telah dibuat oleh Majlis Syura dan Dewan Ulama, hakikatnya, Jawatankuasa PAS Pusat adalah badan yang paling berkuasa membuat keputusan dengan mengenepikan ketetapan Majlis Syura dan Dewan Ulama. Dengan kata lain, Majlis Syura dan Dewan Ulama hanyalah kosmetik untuk PAS mendabik dada kononnya mereka adalah parti Islam.

Hari ini terbukti, PAS langsung tidak boleh diharap dan tidak mempunyai pendirian. Ugutan saman, perlondehan penyelewengan kuasa dan korupsi, masalah moral terutama yang membabitkan pemimpin-pemimpin PAS yang menambah koleksi atau menukar bini, selain keganasan rumahtangga membuatkan para pemimpin PAS memilih untuk tunduk dan akur dengan PKR dan DAP.

Hadi Awang kehilangan sokongan dan cengkaman di dalam PAS. Hadi Awang tidak mampu mengawal AJK PAS Pusat apabila daripada 39 orang (tolak 2 kerana telah meninggal dunia), Hadi Awang hanya mampu memperolehi 10 sokongan. Manakala Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng memperolehi 3/4 majoriti sokongan dalam Jawatankuasa PAS Pusat.

Apa yang mampu dilakukan oleh para pemimpin PAS yang cuba menahan malu ialah, mempersalahkan UMNO dan Barisan Nasional selain cuba meyakinkan para pecacai dan penyokong Pakatan Rakyat, bahawa tindakan mereka itu telah memalukan dan membuatkan UMNO-BN menggigit jari. Sedangkan hakikatnya, drama perebutan jawatan di Selangor langsung tidak membabitkan UMNO-BN, sebaliknya dilakonkan oleh PKR, DAP dan PAS sendiri....

Tapi demi menutup malu, mereka tidak malu-malu untuk menyalahkan pihak lain.... di Facebook sekarang, mereka sudah pun memulakan taktik tersebut. 

No comments:

Post a Comment