Followers

rantau ku sayang

Friday, August 29, 2014

Khalid kecam tindakan ‘pendekar ludah’. Puncanya Siapa??


Inilah dikatakan Bodoh tak bertempat nama saja YB tetapi otak letak dikepala lutut. Inilah padahnya jikalau Mulut tak terjaga. Orang tua cakap Mulut lebih berbahaya daripada mata pisau. Kerana mulut badan binasa.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad menyifatkan tindakan sekumpulan individu meludah dan menghamburkan kata-kata kesat kepadanya atas alasan ingin mempertahankan Institusi Kesultanan Melayu hanya mencemarkan institusi berkenaan.

Menurut Khalid, kumpulan yang digelarnya sebagai ‘pendekar ludah’ itu sebenarnya telah bertindak biadab kerana Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang berada di sampingnya turut terkena percikan ludah itu.

“Tindakan liar dan samseng kumpulan berkenaan mengeluarkan kata-kata kesat menunjukkan mereka tidak berakhlak dan tiada kena mengena dengan institusi berkenaan.

“Raja Kamarul Bahrin juga salah seorang kerabat diraja Terengganu dan Perak. Beliau sendiri amat tersinggung dengan apa yang berlaku semalam (kelmarin),” katanya dalam sidang media di pejabatnya, semalam.

Kelmarin, Khalid diserang beberapa individu semasa dalam perjalanan meninggalkan Kompleks Mahkamah Jalan Duta selepas mengaku tidak bersalah atas dakwaan menghasut dalam kenyataannya yang menggesa kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dihapuskan.

Beliau dibebaskan dengan ikat jamin berjumlah RM4,000 dan Ahli Parlimen Kuala Kerai, Dr Hatta Ramli dinamakan sebagai penjamin.

Khalid mempersoalkan bagaimana ingin membela institusi ini dengan perangai dan tindakan tidak beradab dan bertamadun sebegitu rupa.

“Raja Kamarul Bahrin sendiri terkena percikan geng ‘pendekar ludah’ sedangkan beliau sendiri kerabat diraja.

“Inilah masalah golongan yang sanggup dipergunakan orang lain kononnya atas dasar semangat tanpa ilmu. Akhirnya mencemarkan apa yang kononnya ingin diselamatkan,” katanya.

Menceritakan kejadian, kata Khalid, seorang pemuda Melayu telah menemui beliau dan bertanya ‘adakah kamu YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam?’ lalu beliau menjawab ‘ya’.

Secara tiba-tiba pemuda berkenaan meludah ke mukanya sementara beliau sendiri hampir menumbuk pemuda berkenaan sebagai tindak balas namun ditenangkan oleh Raja Kamarul Bahrin yang berada di sebelahnya lalu terus beredar.

“Saya juga sudah buat laporan polis di IPD Shah Alam hari ini (semalam) dan kes telah dirujuk ke IPD Sentul untuk siasatan selanjutnya.

“Gambar individu berkenaan juga sudah berjaya diperolehi dan sebahagian daripada mereka sudah dikenal pasti.

“Sekarang saya mahu tahu adakah ‘Pendekar Ludah’ ini benar-benar berani atau jenis manusia buang batu sorok tangan!” katanya.

Khalid turut memberi amaran kepada kumpulan itu supaya terus menyerah diri kepada polis untuk proses siasatan.

No comments:

Post a Comment