Followers

rantau ku sayang

Thursday, August 28, 2014

Kerusi MB Selangor milik PKR - Anwar...Kenapa Kalut Sangat...


Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, kerusi Menteri Besar Selangor adalah milik parti itu dan ini harus dihormati parti lain dalam konteks semangat Pakatan Rakyat.

``Ia adalah kerusi dan keputusan PKR dan ia harus dihormati dalam semangat Pakatan Rakyat,'' katanya ketika ditanya sama ada beliau bimbang Pas akan mengemukakan nama lain sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Anwar berkata, Pas turut serta dalam proses membuat keputusan ketika mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat pada 17 Ogos lepas.

``Kita tidak pernah mempersoalkan isu berhubung calon PAS untuk menjadi Menteri Besar Perak, Kedah atau Kelantan tetapi apa yang lebih penting dalam pemikiran saya ialah semua itu sudah dipertimbangkan sebelum mesyuarat dan diputuskan pada 17 Ogos,'' katanya.

Anwar berkata demikian di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini sebelum prosiding perbicaraan kes samannya terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

No comments:

Post a Comment