Followers

rantau ku sayang

Thursday, August 21, 2014

PASMEB Tidak Restu 'Boneka' Jadi MB Selangor


Persatuan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (PASMEB) hari ini memberi amaran bahawa rakyat Selangor tidak setuju jika pemimpin yang dianggap 'boneka' menjadi pemimpin negeri itu.

Presidennya, Mazli Saring berkata, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail harus sedar diri bahawa kemelut yang berlaku di Selangor berpunca daripada mereka.

"Anwar dan Wan Azizah perlu sedar diri...sedar bahawa merekalah punca segala permasalahan yang berlaku di Selangor.

"Saya juga nak ingatkan agar berpolitiklah secara matang dan terhotmat. Jangan biarkan rakyat hilang hormat terhadap anda (ahli politik)," katanya.

Beliau berkata demikian pada Perhimpunan Aman Kebangkitan Rakyat Selangor Menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim di sini hari ini.

Pada perhimpunan tersebut antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang hadir bagi menyatakan sokongan kepada Abdul Khalid ialah Gerakan Anak Bugis Selangor (GRABS), Angkatan Rakyat Sedar (ARAS) dan beberapa lagi NGO wakili pelbagai golongan masyarakat.

Tambah Mazlin, jika benar Wan Azizah berhasrat untuk memegang jawatan menteri besar, beliau harus menyediakan satu dasar yang lebih baik daripada Abdul Khalid.

"Jika benar dia (Wan Azizah) ingin menjadi menteri besar, sediakan pelan dasar yang lebih baik daripada Abdul Khalid selama satu penggal.

"Jangan hanya ingin memegang jawatan itu semata-mata berpegang kepada majoriti dalam parti," tegasnya.

Dalam pada itu, Mazlin turut menegur kepimpinan Pas yang membuat pusingan 'U' dengan menyatakan sokongan kepada Wan Azizah pada 17 Ogos lalu, sedangkan telah tetap pendirian untuk menyokong Abdul Khalid.

"Kepada pemimpin Pas, sila muhasabah diri. Perkara yang berlaku telah mencalarkan imej Pas. Rakyat mampu melihat dan menilai," katanya. 

No comments:

Post a Comment