Followers

rantau ku sayang

Tuesday, August 19, 2014

Panas Telinga DAP!!!!! Ridhuan Tee bimbang Selangor jadi ‘darul babi’


Penceramah agama dan kolumnis kontroversi Ridhuan Tee mengaitkan kemarahan terhadap pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dengan sebuah projek penternakan babi RM100 juta.

Tindakan Khalid yang masih belum melaksanakan projek bersepadu itu menjadi faktor utama kemarahan daripada pihak yang digelarnya “ultra kiasu”, tulisnya di Sinar Harian.
“Ultra kiasu sudah tidak kenal halal haram. Misalnya, projek penternakan babi bersepadu, bernilai RM100 juta yang masih belum dilaksanakan, juga antara faktor utama mereka begitu marah kepada Khalid.

“Saya bimbang, jika projek ini dibenarkan, Selangor akan dikenali sebagai darul babi. Terlalu banyak ladang babi di Selangor, selain Seberang Prai, Perak, Melaka dan Johor, yang telah menimbulkan ketidakselesaan penduduk, terutamanya berhampiran kawasan orang Islam,” katanya.

Dalam tulisan itu, Ridhuan juga mengingatkan pembacanya dengan virus nipah (JE) yang pernah mengorbankan nyawa manusia di negara ini.“Ultra kiasu ternak, yang kena bahaya dan tempiasnya orang Islam,” tulisnya lagi.

Mengulas krisis pentadbiran semasa Selangor, Ridhuan juga berkata, beliau bersetuju dengan hujah Khalid bahawa kerajaan negeri boleh terus ditadbir walaupun hanya dengan empat exco PAS. Malah, katanya, kerajaan Selangor boleh berjimat dengan pengurangan exco itu.

“Sudah tentu beban PAS bertambah. Baru buat kerja namanya,” tulisnya lagi.Beliau juga percaya PAS selepas pilihan raya umum lalu bersetuju anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR menjadi menteri besar Selangor dahulu disebabkan Khalid menjadi pilihan.“Justeru, berkhidmatlah di bawah Khalid demi Selangor tercinta. Tidak perlu menyalahkan Umno lagi,” kata Ridhuan, lapor Malaysiakini. 

No comments:

Post a Comment