Followers

rantau ku sayang

Thursday, August 28, 2014

'Celaka': ADUN DAP Pulau Pinang berdepan dua tuduhan menghasut


ADUN Seri Delima RSN Rayer dikenakan dua pertuduhan bawah Akta Hasutan kerana mengeluarkan perkataan "celaka" kepada tiga pemimpin UMNO.
Rayer didakwa di Mahkamah Sesyen di Pulau Pinang pagi Rabu bawah Seksyen 4(1)(b) kerana mengeluarkan perkataan itu dalam Dewan Undangan Negeri pada 9.30 pagi pada 20 Mei dan di ceramah pilihanraya kecil Bukit Gelugor pada 22 Mei,2014.

Jika di dapati bersalah beliau boleh dipenjara sehingga tiga tahun, denda.RM5,000 atau keduanya sekali.

Kes itu akan disebut semula pada 17 Oktober.

Isu ini agak hangat.Pada 21 Mei sekumpulan pemuda telah merempuh masuk ke dalam kawasan DUN Pulau Pinang kerana marah dengan kata-kata Rayer itu. 

No comments:

Post a Comment