Followers

rantau ku sayang

Saturday, August 16, 2014

Kritikan Pedas!!!!! Khairul Azam : N.Surendran Pengamal 'Political Animal'


Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N. Surendran disifatkan sebagai seorang sebagai peguambela sambilan yang langsung tidak mengetahui piawaian sistem mahkamah selepas membuat kenyataan menghina mahkamah setelah mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyalahgunakan sistem mahkamah dan bertanggungjawab terhadap kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengamal undang-undang, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, peguambela Anwar itu tidak perlu mengeluarkan kenyataan di lobi mahkamah sebaliknya ketika berada di dalam bilik perbicaraan kes tersebut.

"Di dalam sistem kehakiman negara kita yang boleh mengugurkan pertuduhan ini adalah mahkamah dan permohonan untuk mengugurkan pertuduhan ini hendaklah dilakukan didalam prosiding mahkamah (di depan hakim) dan bukannya di perkarangan Lobi mahkamah.

"N. Surendren merupakan seorang peguam yang bekerja sementara sahaja kerana jika dia merupakan seorang peguam yang bekerja sepenuh masa, dia akan tahu sekiranya dia mahu membuat permohonan mambatalkan pertuduhan, dia akan membuat semasa prosiding mahkamah," katanya ketika ditemubual wartawan Rakyat News di sini, hari ini.

Semalam, Surendran mempertahankan dirinya dengan menafikan bahawa kenyataan tersebut merupakan satu kenyataan yang telah menghina sistem mahkamah.

Khairul yang juga merupakan daripada Tetuan Azam Aziz & Coberkata,  penafian Surendran dilihat bercanggah dengan kenyataannya menerusi rakaman video yang terbukti menghina sistem kehakiman.

Jelasnya, Prosedur Operasi Standart (S.O.P) yang diamalkan oleh Surendran telah dilatih oleh ahli peguam yang merupakan ahli daripada Pakatan Rakyat (PR).

"Orang politik dalam Pakatan Rakyat (PR) mempunyai SOP iaitu apabila mereka dituduh melakukan apa-apa, perkara pertama mengikut S.O.P itu mereka perlu menafikan terlebih dahulu walaupun sudah terbukti itu adalah mereka.

"Kedua mereka akan mengatakan ia merupakan konspirasi daripada daripada mana-mana pihak dan itulah modus operandi mereka," tegasnya.

Tambahnya, Surendran merupakan seorang ahli politik yang disifatkan sebagai 'Political Animal' apabila hanya mengikut arahan daripada S.O.P parti PR demi mengelak daripada dipecat daripada parti seperti Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Saya tidak pelik dengan kenyataan beliau itu kerana beliau seorang 'Political Animal' yang mengikuti arahan S.O.P didalam PR," katanya.

No comments:

Post a Comment