Followers

rantau ku sayang

Monday, August 25, 2014

Wan Azizah akan guna rizab S'gor dalam misi selamatkan Anwar, dakwa Awang Selamat


Akhbar Utusan Malaysia hari ini mendakwa rizab Selangor berjumlah RM3 bilion mungkin akan digunakan bagi membiayai protes jalanan untuk menyelamatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim jika isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi menteri besar Selangor yang baharu.

"Terdapat beberapa pihak seperti dilaporkan bimbang rizab itu akan digunakan antara lain bagi menyelamatkan karier politik Anwar termasuk membiayai siri demonstrasi jalanan besar-besaran sekiranya beliau dipenjarakan atas kesalahan meliwat," akhbar itu dipetik.

Mahkamah Rayuan pada 7 Mac memutuskan Anwar yang juga ketua umum PKR bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Anwar, yang juga ketua pembangkang mendakwa tuduhan terhadapnya bermotifkan politik, sedang merayu keputusan tersebut di Mahkamah Persekutuan.

Tulisan pojok Awang Selamat dalam akhbar milik Umno itu mendakwa PKR dikuasai keluarga Anwar yang dilihat menentukan pendirian parti dalam isu besar sehingga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan ahli parti.

"Ini termasuk langkah Kajang diigerakkan oleh Anwar yang ahirnya membawa mudarat kepada PKR," katanya seperti dilapor dalam akhbar Utusan Malaysia edisi hujung minggu itu.

Tulisan itu juga mendakwa Kongres PKR yang kini berlangsung di Shah Alam "hambar" dan ia merupakan satu lagi tamparan buat Anwar.

"Apa yang menarik untuk diketahui selepas kongres tersebut, apakah Wan Azizah dapat diangkat menjadi menteri besar sebagaimana yang suaminya perjuangkan habis-habisan seoalh-olah pemimpin lain tidak layak dan dipercayai," katanya.

No comments:

Post a Comment