Followers

rantau ku sayang

Saturday, August 16, 2014

Inilah Masanya....PAS Perlu Solat Hajat Hukum Pengkhianat Parti


PAS diminta mengarahkan ahlinya dari setiap cawangan seluruh negara mengadakan solat hajat bagi menghukum dua ADUN parti tersebut yang membelakangi keputusan parti dalam isu menteri besar Selangor.

Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Zahid Mat Arip berkata, ianya merupakan hukuman terbaik dari PAS kepada dua ADUNnya, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) yang telah mengkhianati partinya sendiri.

"Saya minta (Setiausaha PAS Selangor) saudara Khairuddin Othman mengumpulkan seluruh kekuatan PAS disetiap peringkat akar umbi dan kawasan untuk mengadakan solat hajat. Minta kepada Allah taala adili kedua-dua pengkhianat dan pembelot ini.

"Itu jauh lebih baik daripada dikenakan tindakan disiplin," katanya kepada wartawan RakyatNews, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Saari dan Hasnul mengikat perjanjian bersama 13 ADUN PKR dan 15 ADUN DAP menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.

Jelas Zahid, pengingkaran yang dilakukan dua ADUN PAS tersebut secara tidak langsung 'memalit arang' ke muka Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyokong pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai peneraju kerajaan Selangor.

"Mereka (Saari dan Hasnul) tidak takut. Mereka nak takut apa? Mereka sudah buat kenyataan terbuka.

"Mereka telah tampar muka Presiden PAS dan PAS itu sendiri," tegasnya.

Tambah beliau, tindakan disiplin mungkin tidak membawa sebarang kesan kepada mereka ekoran kedua-duanya mendapat banyak kelebihan sekiranya menyatakan sokongan kepada Azizah.

"PAS boleh tawar apa kepada mereka. Azizah dan Anwar mungkin telah tawar dia jawatan exco... Dia tidak takut dengan tindakan disiplin parti.

"Saari Sungib telah membuat kenyataan sanggup untuk meninggakan PAS untuk jadi ADUN bebas. Dia peduli apa dengan PAS.

"Kerusi dia dengan PAS tetapi taat setia dia dengan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim. Dia tidak peduli dengan tindakan parti," ujarnya.

No comments:

Post a Comment