Followers

rantau ku sayang

Monday, August 11, 2014

Kenapa Ultra Kiasu Tidak Beri Kerusi MB Kepada PAS?


Jalan penyelesaian bagi kemelut rebutan kerusi menteri besar antara Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Tan Sri Khalid Ibrahim adalah dengan memberi laluan kepada PAS sebagai peneraju kerajaan negeri.

Pensyarah, Dr Ridhuan Tee berkata, PAS seharusnya mendapat peluang tersebut ekoran mendapat jumlah kerusi DUN yang lebih banyak berbanding PKR .

“Sudah tentu calon itu bukan datang daripada PKR tetapi PAS yang lebih berwibawa dan layak. Kenapa ultra kiasu langsung tidak mencalonkan PAS? Adakah kita masih buta?

“Terdapat ramai Adun PAS anak Selangor yang berkaliber untuk menjadi MB Selangor, terutama rakan sekampus saya, Sallehin Mukhyi. Selangor tidak memerlukan orang luar untuk menjadi MB. Lainlah kalau anak-anak Selangor tidak layak,” katanya yang dipetik Sinar Harian.

Beliau berkata demikian bagi mengulas rebutan kuasa antara Khalid dan Azizah sehingga menteri besar itu dipecat oleh partinya sendiri akibat ingkar arahan parti.

Keputusan tersebut dibuat oleh Lembaga Disiplin parti yang enggan meluluskan permohonan penangguhan pendengaran rayuan Khalid.

Menurut Ridhuan, berlainan dengan PAS yang jarang terpalit dengan kontroversi serta semangat dan sokongan yang ditonjolkan parti tersebut dalam PR mewajarkan lagi parti tersebut menjadi menteri besar.

"Tanya parti ultra kiasu, berapa banyak sumbangan yang diterima daripada jutawan mereka? Ini tidak termasuk sumbangan luar. Berbanding PAS, berbekalkan air liur dan semangat ahlinya, PAS survive. Sehingga kini PAS jarang goyah, walau apa jua taufan yang melanda,” tegasnya lagi. 

No comments:

Post a Comment