Followers

rantau ku sayang

Monday, August 18, 2014

Pas Akan Rugi Jika Bergabung Dengan Umno Kata Dr.Mohamad Agus...BODOHNYA AGUS NIH


Suka melihat melayu berpecah....inilah dikatakan kalau berpelajaran tinggi....semakin boodoh akalnya.Sepatutnya kita bersatu padu...bukannya untuk mengapi apikan lagi.

Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata telalu sukar Pas untuk keluar daripada pakatan rakyat kerana ramai pemimpinnya sudah sebati dengan rakan-rakan mereka dalam pakatan seperti DAP dan PKR.

Beliau meramalkan mengenai keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 ogos ini bahawa agak sukar bagi PAS membuat keputusan bergabung dengan UMNO dengan keluar dari Pakatan Rakyat untuk membentuk satu kerajaan yang kukuh di Selangor.

Pas juga akan rugi jika bergabung dengan umno kerana Pas masih tidak boleh bergerak sendiri kerana ramai penyokong Pas juga terdiri daripada penyokong PKR dan DAP. Jika Pas keluar kemungkinan penyokong DAP sudah tidak lagi menyokong Pas, jadi siapa yang rugi.

Beliau juga membayangkan akan ada lebih banyak kejutan politik yang bakal berlaku di Selangor selepas ini, sama ada Khalid akan kekal sebagai menteri besar, atau akan berlaku undi tidak percaya di dewan.

"Tan Sri Khalid cuma ada dua pilihan sahaja pertama undi tidak percaya di dewan (Sidang DUN). Kedua Tan Sri Khalid semasa menjadi Menteri Besar menasihati Sultan untuk membubarkan dewan (DUN). Jadi dua alternatif yang masih tertinggal," katanya pada sidang media selepas menjadi panel Wacana Minda "Ke Mana Arah Tuju Anak Kelantan" di sini, malam tadi.

Walaubagaimana pun Mohamad Agus tidak mengulas kebaikan Pas bergabung dengan umno dari segi survival orang Melayu. Beliau juga tidak mengulas kebaikan yang bakal diperolehi dari segi untuk melaksanakan undang-undag hukum hudud yang sangat ditentang keras oleh rakan dalam Pakatan sendiri. 

No comments:

Post a Comment