Followers

rantau ku sayang

Monday, August 25, 2014

Anwar cadang rombak format Pemilihan PKR..Tak Boleh Pakai Cakap Bang Non Nih


Inilah cara Bang Non untuk menarik kembali sokongan rakyat kepada PKR yang tercalar selama ini dengan ISU dan Krisis MB Selangor.Rakyat sudah naik menyampah dan tahu selok belok Bang Non yang diterajui 
oleh parti Sekeluarga ini...

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa konsep satu undi satu ahli perlu dirombak semula kerana tidak praktikal untuk dilakukan.

Malah, menurut Anwar beliau antara individu awal yang kurang bersetuju dengan proses pemilihan ini kerana hasil keputusannya baik dari segi idealisme, namun kurang berupaya untuk mengatasi masalah yang berlaku pada pemilihan yang lalu.

"Pastinya dengan segera kita kena cadang sistem pemilihan dirombak semula supaya ia demokratik dan praktikal utnuk dilaksanakan.

"Mereka juga tahu bahawa dalam mesyuarat sebelum diputuskan, saya antara yang kurang setuju dengan proses pemilihan ini. Tetapi apabila diputuskan, memang diteruskan.

"Sebab kita ambil keputusan dari idealnya sistem demokrasinya baik tapi dari segi pelaksanaanya kita tak upaya laksana dengan berkesan," katanya semasa memberikan ucapan penggulungan Kongres Nasional PKR 2014 di Stadium Melawati, Shah Alam hari ini.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR Datuk Johari Abdul berkata beliau akan mempertahankan sistem "satu ahli satu undi" yang digunapakai parti itu sejak 2010.

Beliau yang juga MP Sungai Petani, sistem tersebut merupakan "sistem terbaik dan paling demokratik" namun perlu penambahbaikan supaya menjadi lebih praktikal.

"Saya akan pertahankan sistem itu. Itu sistem terbaik. Maknanya anggota terlibat secara langsung tapi harus memastikan sistem itu boleh dipraktikkan.

"Kerangka, niat dan nawaitu itu baik tapi bagaimana kita nak terjemahkannya," kata beliau.

Semalam, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan akan mengemukakan cadangan bagi mengatasi masalah yang timbul dalam perjalanan pemilihan parti itu.


Katanya, pemilihan yang berlarutan lebih lima bulan itu antara lainnya berpunca dari kelemahan dari segi infrastruktur, kelengkapan dan aset, dan tatatertib anggota serta pemimpin parti. 

No comments:

Post a Comment