Followers

rantau ku sayang

Friday, August 22, 2014

RM3.2 Bilion Biayai Demonstrasi?


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta menjelaskan sama ada rizab kerajaan negeri Selangor yang dianggarkan berjumlah RM3.2 bilion akan digunakan untuk membiayai demonstrasi jalanan secara besar-besaran jika isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip (gambar) berkata, Anwar perlu memberi penjelasan sama ada persoalan yang ditimbulkan oleh sumber dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu benar atau sebaliknya.

Beliau mendakwa, terdapat kemungkinan demonstrasi besar-besaran tersebut dirancang pada skala yang menyerupai tunjuk perasaan antikerajaan di Bangkok, Thailand pada awal Jun lalu.

"Apakah benar dana sebanyak RM3.2 bilion itu akan digunakan untuk penganjuran demonstrasi yang bertujuan menghuru-harakan negara dan memberi tekanan terhadap mahkamah sebelum rayuan akhir Anwar bagi mengetepikan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan didengar pada 28 dan 29 Oktober ini?.

"Saya meminta Anwar menjawab persoalan yang timbul ini secara jujur agar rakyat tahu kisah yang sebenar," katanya yang dipetik Utusan Malaysia.

Muhammad Zahid menambah, sekiranya Anwar mempunyai niat sebegitu, beliau mesti melupakan rancangan itu kerana wang rizab kerajaan negeri Selangor adalah milik rakyat dan bukannya milik keluarganya.

Sekiranya dakwaan sumber dalaman PKR itu benar, beliau menggesa Anwar membatalkan penganjuran demonstrasi jalanan yang boleh menjejaskan ekonomi negara dan menyusahkan rakyat.

"Saya amat mengenali Anwar, beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-cita peribadinya," jelasnya.

Muhammad Zahid turut mempersoalkan sama ada rizab kerajaan negeri Selangor itu akan digunakan oleh pengganti Abdul Khalid untuk tujuan lain yang tidak memberi manfaat kepada rakyat di negeri itu. 

No comments:

Post a Comment