Followers

rantau ku sayang

Thursday, August 21, 2014

Panasss!!!! Rafizi Nafi Penyebaran Dokumen 'Serangan Kajang'


Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menafikan penyebaran sebuah dokumen dengan lambang PKR yang didakwa sebagai Ringkasan Eksekutif Langkah Kajang tersebar di laman sosial baru-baru ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pandan kemudiannya menunding jari kepada UMNO dan BN sebagai dalang penyebaran dokumen tersebut.

"Saya terkejut melihat mereka yang cenderung kepada Pakatan Rakyat turut sama menyebarkan perkara ini seolah-olah mereka tidak menapis dahulu kesahihannya," katanya yang dipetik Malaysiakini, hari ini.

Kandungan dokumen tersebut didakwa sebagai pelan PKR sehingga PRU14 dengan mendedahkan gerak kerja parti itu untuk 'menyerang' sistem kerajaan termasuk serangan ekonomi di Bursa Malaysia secara berperingkat.

Gerakan yang digelar 'Serangan Kajang' itu akan menumpukan kepada saham-saham syarikat berkepentingan kerajaan yang mempunyai kedudukan kewangan kukuh bagi menyerang Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

Serangan secara gerila itu dikatakan akan juga akan mendapat bantuan bantuan pro-pakatan demi memastikan syarikat kerajaan rugi besar sekitar RM 9 bilion menyebabkan pasaran Malaysia jatuh ke tahap paling teruk pada PRU14.

Selain itu, serangan juga dikatakan akan dilakukan dalam bentuk beberapa demonstrasi jalanan membantah isu-isu sama seperti Kempen Bersih, Kempen Boikot, Kempen Negara-Ku dan Kempen Anti Lynas.

Ianya juga didakwa akan mendapat sumber kewangan bagi meneruskan kempen demonstrasi tersebut sehingga RM500,000.

No comments:

Post a Comment