Followers

rantau ku sayang

Monday, August 25, 2014

PRK Pengkalan Kubor: PKR enggan layan tuntutan PAS


Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini membuat ketetapan untuk terus kekal bertanding bagi memiliki kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor  pada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan datang.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, berkata ketetapan itu perlu dibuat berdasarkan tradisi kerusi itu yang sejak dua penggal lalu ditandingi parti berkenaan sekali gus enggan melayan tuntutan PAS.

"Kita mahu kerusi DUN Pengkalan Kubor dikekalkan kepada PKR," katanya dalam ucapan penggulungan sempena Kongres Nasional PKR Ke-10, di sini, sebentar tadi.

Kenyataan Azmin itu seakan mengesahkan keinginan parti itu untuk terus bertanding di DUN berkenaan biarpun ada ura-ura PAS turut menawarkan permintaan sama.

Dewan Muslimat PAS semalam menuntut kerusi itu diserahkan kembali kepada parti itu selepas diwakili PKR sejak dua penggal lalu, yang menyaksikan kegagalan parti dipimpin Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menawan DUN itu.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusuf berkata berdasarkan pengalaman sebelum ini mungkin sudah tiba masanya kerusi DUN itu diberi nafas baru.

Kerusi DUN Pengkalan Kubor kosong selepas wakil rakyatnya, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar, 57, meninggal dunia akibat barah hati di sebuah hospital di Guangzhou, China pada 5.45 pagi Rabu lalu. 

No comments:

Post a Comment