Followers

rantau ku sayang

Thursday, August 21, 2014

Azizah tidak menepati kriteria 'tradisi' Istana Selangor- Aidit Ghazali


Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilihat tidak menepati ciri-ciri 'tradisi' Istana Selangor untuk membolehkannya dilantik menjadi Menteri Besar negeri itu, dakwa  Ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Aidit Ghazali.

Beliau berkata selain memenuhi kriteria yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, Azizah perlu memandang serius faktor tradisi itu sebelum terus menawarkan dirinya sebagai calon pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim.

Malah, menurutnya lagi, Istana Selangor juga akan melihat cara pencalonan Azizah, yang umum mengetahu tidak mendapat persetujuan bulat parti kompenan Pakatan Rakyat.


"Saya lihat Wan Azizah ini kurang menepati sama ada segi kriteria tradisi mahupun segi kriteria undang-undang tubuh. Dan yang saya akan lihat istana akan pertimbangkan juga adalah cara Azizah dicalonkan sebab nampak sangat Wan Azizah dicalonkan disebabkan suaminya Anwar Ibrahim begitu kemaruk dengan kuasa dan mengikuti nafsu serakah untuk macam mana pun memegang tampuk kuasa.


Ujarnya Azizah bukanlah calon yang terbaik untuk menggantikan Khalid ekoran bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu adalah 'bidang terjun' bagi menggantikan Anwar.

PKR pada mulanya menyusun pelan bagi menjadikan Anwar sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu, namun usaha itu gagal apabila beliau disabitkan bersalah oleh Mahkamah Rayuan atas tuduhan meliwat.

"Jadi, kalaulah seseorang calon itu dilahirkan daripada satu suasana yang penuh dengan penuh nafsu serakah politik tambah pula dengan politik rimba seperti yang pernah saya katakan maka tentu sekali kelahiran calon yang lahir dari suasana begitu bukanlah calon terbaik untuk negeri Selangor," katanya.

Tambahnya, pengakuan Azizah bahawa beliau tidak berpengalaman dalam mentadbir sebuah negeri akan turut diambil kira Istana Selangor.

"Sebab negeri Selangor ini ibarat lubuk emas, dari segi sumbangan ekonomi negeri kepada KDNK negara, negeri Selangor adalah yang tertinggi," jelasnya.

"Jadi,kalau nak letak seseorang MB tentu istana akan mengambil kira apakah orang ini ada kemahiran? Apakah orang ini bukan sekadar pilihan politik tetapi betul-betul amanah nak menjaga segala sumber dan juga kuasa yang akan jatuh kepada seorang yang bergelar MB," soalnya.

Aidit kemudiannya mempersoalkan bagaimana Azizah akan menjaga kesucian dan kemuliaan agama Islam jika benar dilantik menjadi Menteri Besar Selangor kelak.

Ini kerana, bakal penasihatnya yang juga suaminya, Anwar terkenal sebagai seorang yang berpahaman liberal dan pluralisma, dakwa Aidit.

Terdahulu Azizah berkata akan melantik Anwar tanpa segan silu sebagai penasihatnya jika menjawat jawatan itu kelak.

"Apakah seorang ini mencerminkan pegangan kepada aqidah Islam? Jadi, Wan Azizah ini dia isteri kepada Anwar Ibrahim yang kita terkenal sebagai seorang yang bersifat liberal, seorang yang merupakan pluralisma. Jadi, bagaimana kita nak lihat Wan Azizah nanti mampu untuk mendokong segala agenda Islam di negeri Selangor sedangkan suaminya seorang yang berfikiran liberal dan plural? soalnya.

Seperkara lagi, individu yang dilantik menjadi Menteri Besar seeloknya seorang lelaki bagi menjamin keselesaan Sultan Selangor.

Ini berikutan Menteri Besar akan kerap kali mengiringi Baginda Sultan dalam program-program rasmi.

"MB sewajarnya seorang yang berjantina lelaki ditambah pula Tuanku terpaksa menghadiri banyak majlis-majlis yang bersifat adat istiadat agama Islam, istana dan sebagainya. Adakah dalam semua majlis itu sesuai seorang yang merupakan wanita untuk mengikuti baginda. Begitu juga nanti ada banyak perkara-perkara yang mana akan menyentuh tentang kepentingan negeri Selangor.

Pakatan Rakyat sebelum ini memutuskan akan mempersembahkan nama Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Keputusan bersabit perkara itu hanya akan diketahui 27 Ogos ini, sekembalinya Sultan Selangor dari luar negara. 

No comments:

Post a Comment