Followers

rantau ku sayang

Saturday, August 16, 2014

Kebodohan Pemimpinan PKR.....Zuraida 'Ajar' PAS : Islam Tak Melihat Jantina


Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PAS), Zuraida Kamaruddin mengingatkan PAS bahawa Islam tidak pernah memandang status jantina sebagai pra syarat untuk menjadi seorang pemimpin.

Beliau berkata, PAS seharusnya sedar berhubung kelayakan seorang pemimpin berdasarkan keupayaan seseorang dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

"Jika benar PAS menolak Wan Azizah kerana jantinanya dan parti itu mendasarkannya kepada Islam,  PAS perlu sedar bahawa Islam tidak melihat pada jantina.

"Islam melihat kepada aspek amanah dan sama ada seseorang itu dapat menjalankan tugasnya atau tidak," katanya memetik laporan Malaysiakini hari ini.

Ahli Parlimen Ampang itu turut yakin dengan krelibiliti Wan Azizah dalam menjalankan tugasnya dengan berkesan sebagai Menteri Besar Selangor.

Zuraida merujuk keputusan PAS Pusat dalam satu sidang media di ibu pejabat parti semalam yang menolak pencalonan Wan Azizah bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Akan tetapi, Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali menyangkal dakwaan status jantina menjadi faktor utama penolakan cadangan tersebut.

No comments:

Post a Comment