Followers

rantau ku sayang

Friday, August 22, 2014

Nurul Izzah Minta Maaf, Mengaku Fitnah Raja Non Chik...Selama Ini Buat Fitnah Lah


Selama ini banyak buat tabur fitnah pada Raja Nong Chik sehingga ada yang percaya...dan terpengaruh dengan penipuan Nurul Izzah ni.Rupa rupanya ....Penipu pada rakyat semata mata untuk dapat undi.Teruknya perangai...puak puak ni.

Kes saman Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin selesai hari ini apabila Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mengemukakan kenyataan maaf secara terbuka kepada bekas menteri wilayah persekutuan dan kesejahteraan bandar itu.

Dalam kenyataannya hari ini, Nurul Izzah mengakui terdapat kesilapan di dalam kenyataan media yang dibuat pada 4 Mei tahun lepas iaitu sehari sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mengenai pembelian tanah di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

“Saya kini mendapati terdapat kesilapan di dalam kenyataan tersebut yang telah menjejaskan nama baik dan reputasi Nong Chik sebagai seorang ahli politik, akauntan bertauliah, ahli perniagaan dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ketika itu serta keluarga beliau.

“Saya kesal dengan kenyataan tersebut. Saya berjanji untuk tidak akan mengulangi kenyataan-kenyataan saya di atas dan apa-apa kenyataan yang berkaitan dengan penerbitan kenyataan saya di atas,” katanya. 

No comments:

Post a Comment