Followers

rantau ku sayang

Thursday, August 28, 2014

Pemimpin PKR Kunci Mulut Selepas Mesyuarat Di Rumah Anwar


Mesyuarat pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) diadakan di rumah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, lewat malam Rabu.

Mesyuarat selama tiga jam itu dipercayai membunyai kaitan dengan nama-nama yang akan dikemukakan kepada Sultan Selangor bagi memainkan peranan sebagai menteri besar.

Mereka yang hadir pada mesyuarat itu termasuklah timbalan presiden Azmin Ali, pemimpin sayap Wanita Zuraida Kamaruddin, bekas Exco negeri Xavier Jayakumar, Ketua AMK Nik Nazmi Nik Ahmad dan exco kerajaan negeri Elizabeth Wong.

Ketika ditemui The STar, kesemua mereka enggan mengulas mengenai perkara itu.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberikan Pakatan Rakyat sehingga 3 September untuk mengemukakan lebih banyak nama calon untuk jawatan menteri besar.

Dalam surat dari istana yang dikeluarkan pada Rabu untuk PAS, PKR dan DAP, ketiga-tiga parti itu telah diarahkan untuk memberikan lebih banyak nama sehingga 3 September, walaupun PKR dan DAP bertegas hanya akan mencalonkan nama presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Surat-surat yang dialamatkan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Dr Wan Azizah dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng meminta ketiga-tiga parti menghantar lebih daripada dua nama bagi jawatan menteri besar. 

No comments:

Post a Comment