Followers

rantau ku sayang

Monday, August 18, 2014

Khalid Samad Orang Yang Paling Lantang Berpihak Kepada Bang NOn..YB PAS Tapi Sokong PKR


Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat yang akan diadakan pada 17hb Ahad ini menjadi tumpuan apabila ia bakal menentukan pendirian rasmi parti itu berhubung perebutan kerusi Menteri Besar Selangor yang kini disandang oleh Khalid Ibrahim.

Difahamkan, mesyuarat itu dijangka menyaksikan pertembungan antara golongan ulama yang sebelum ini melalui Majlis Syura Ulama Pas mempertahankan Abdul Khalid dengan menegaskan beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan menyalahi hukum syarak dan beberapa pemimpin daripada golongan profesional yang dilihat sering membuat kenyataan yang dianggap cenderung menyebelahi pemimpin PKR dan DAPig.

Keadaan itu memungkinkan ia menimbulkan persoalan, siapakah yang akan disokong oleh kumpulan pemimpin tersebut sama ada Khalid Ibrahim yang dipertahankan oleh Majlis Syura Ulama atau Wan Azizah yang dikatakan sudah ditolak oleh Pas bagi menduduki kerusi Menteri Besar Selangor. 

No comments:

Post a Comment