Followers

rantau ku sayang

Monday, August 11, 2014

MAJLIS SYURA PAS Putuskan PAS Keluar Dari Pakatan Rakyat?


Majlis Syura PAS nampaknya menambahkan lagi kemarahan Anwar Ibrahim dan PKR selepas membuat keputusan yang PAS bersedia untuk keluar Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, PAS sedang bersiap-sedia untuk meninggalkan Pakatan Rakyat kerana perbezaan pendapat dan pendirian dalam pemecatan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim oleh partinya, PKR.

Satu lagi parti dalam Pakatan Rakyat adalah DAP yang kuat menyokong tindakan PKR.

Ahmad Yaakob yang mewakili Majlis Syura PAS berkata, ini bukanlah perkara yang baru dan menggemparkan memandangkan PAS pernah meninggakan Barisan Nasional dan bersekutu dengan Semangat 46 yang kini telah dimansuhkan demi mencapai perjuangan parti.

"Sekiranya kami (PAS) perlu berjuang bersendirian, kami akan menerimanya. ni adalah sejarah PAS yang telah dinyatakan Tok Guru (Nik Aziz). Perjuangan PAS bukannya sesuatu yang mudah. Majlis Syura PAS (badan tertinggi membuat dasar parti) telah membuat keputusan (melibatkan kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar). Ia adalah melibatkan peruntukan perlembagan," katanya.

Pada hari Jumaat lalu, Nk Aziz dan timbalannya, Dr. Haron Din telah mengadakan kenyataan bersama. Kedua-duanya berkata, Majlis Syura memutuskan bahawa Khalid Ibrahim perlu dikekalkan sebagai Menteri Besar selagi mana dia tidak mengkhianati kepercayaan rakyat.

Ahmad Yaakob yang juga merupakan Menteri Besar Kelantan bagaimanapun berkata, dia mahu melihat isu tersebut diselesaikan dengan baik dan menafikan krisis berkenaan akan menyebabkan perpecahan dalam Pakatan Rakyat.

"Ini akan membantu mematangkan lagi kita dalam politik dan saya mengharapkan semua orang tenang dan mencari penyelesaian terbaik. Sekiranya DUN Selangor dibubarkan, ia juga akan mendatangkan masalah yang lebih besar."

Ketika ditanya, apakah Khalid Ibrahim yang sekarang ini tidak berparti akan menyertai PAS, menurut Ahmad Yaakob, terpulang kepada Khalid sendiri sama ada akan menyertai PAS atau sebaliknya. 

No comments:

Post a Comment