Followers

rantau ku sayang

Friday, August 29, 2014

Anwar Mula Beri Amaran Kepada PAS, Perang Akan Berlanjutan..

Ketua Pengarang portal berita Malaysiakini, Fathi Aris Omar sekejap tadi menghantar twitter berbunyi,”Perang PAS-PKR terus berlangsung. Ikuti perkembangan di Malaysiakini..”


Ia merujuk artikel portal itu bertajuk “Respect Aug 17 decision, Anwar tells PAS.”

Dalam artikel itu, Malaysiakini melaporkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu kepada PAS supaya mematuhi keputusan majlis kepimpinan Pakatan Rakyat 17 Ogos di mana setiap pihak bersetuju untuk hanya menghantar satu nama bagi jawatan Menteri Besar Selangor.

Anwar berkata ini akan menjadi duluan yang betul, di mana setiap parti hanya menghantar hanya satu nama ke istana Selangor.

“Kami akan merayu kepada mereka, bagaimana kita bergerak di dalam Pakatan Rakyat. Kita bergerak berdasarkan keputusan kolektif majlis kepimpinan Pakatan Rakyat yang bertemu dan membuat keputusan pada 17 Ogos,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan PAS untuk mengemukakan tiga nama calon PKR untuk jawatan Menteri Besar kepada istana Selangor.

Beliau berkata tidak ada sebarang permintaan dibuat oleh PAS untuk mengadakan mesyuarat berikutnya mengenai perkara itu, oleh itu, keputusan 17 Ogos masih dipegang di mana setiap parti akan mengemukakan satu nama, sebagaimana yang dilakukan pada tahun 2008 dan 2013.

Ketika ditanya apa yang akan berlaku jika PAS tetap akan mengemukakan lebih daripada satu nama, ketua pembangkang itu berkata beliau tidak mahu meramalkan senario seperti itu tetapi merayu kepada PAS untuk mematuhi keputusan 17 Ogos.

Anwar menambah keputusan muktamad telah dicapai oleh Majlis kepimpinan Pakatan pada 17 Ogos dan pasukan peguam Pakatan menasihatkan mereka untuk mengikuti segala keputusan yang telah diputuskan.

Tambahan pula, katanya, Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail telah menulis untuk memohon menghadap Sultan Selangor dan juga telah mengemukakan 30 akuan berkanun menyokong beliau untuk jawatan tersebut.

Anwar mengulangi bahawa rakan-rakan Pakatan perlu mematuhi konvensyen yang ditetapkan iaitu menghantar satu nama.Saya berpandukan kepada keputusan majlis kepimpinan. Mesyuarat itu dihadiri oleh ketiga-tiga pemimpin parti dan saya menganggap keputusan itu sebagai muktamad, “katanya.

Pakatan, kata Anwar mesti kekal kuat dan tidak berpecah akibat daripada isu ini.

“Jika ini berlaku, maka ini adalah buat kali pertama dalam sejarah Pakatan Rakyat, tidak ada konsensus dicapai untuk mengemukakan satu nama, seperti yang telah diputuskan dalam mesyuarat yang dihadiri oleh ketiga-tiga pihak sebelum ini,” katanya.

The Malaysian Insider melaporkan Anwar hari ini secara terbuka meminta PAS untuk menyatakan sama ada mereka menentang keputusan Pakatan Rakyat (PR) untuk menamakan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebagai satu-satunya calon menteri besar Selangor kerana beliau seorang wanita.

“Oleh kerana ini melibatkan kedudukan seorang wanita, adakah ini bermakna mereka tidak bersedia menerima seorang wanita sebagai pemimpin? Mereka perlu mengambil kira perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas menarik balik saman fitnahnya terhadap Tan Sri Syed Hamid Albar, hari ini. 

No comments:

Post a Comment