Followers

rantau ku sayang

Wednesday, October 8, 2014

Kenyataan Khalid Samad berniat jahat – Ahmad Mua’adzam


Ketua Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Ahmad Mua’adzam Shah Ya’akob, hari ini, menyelar Ahli Parlimen kawasan itu, Khalid Samad kerana didakwa mengeluarkan kenyataan mengelirukan dan berniat jahat terhadap UMNO berhubung papan iklan pesta arak Oktoberfest anjuran syarikat Carlsberg.

Menurut Ahmad Mua’adzam, kenyataan Khalid menafikan kewujudan papan iklan itu di bandaraya ini, selain mengaitkan UMNO dengan sebaran mengenai papan iklan tersebut, menunjukkan bahawa Ahli Parlimen itu tidak peka dan hanya pandai menuding jari kepada pihak lain.
“Sebagai Ahli Parlimen Shah, dia (Khalid) perlu bertanggungjawab meneliti setiap perkara sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan. Tindakan menuding jari dan meletakkan kesalahan kepada pihak lain bukan sikap yang baik sebagai Ahli Parlimen.

“Dalam hal ini (papan iklan pesta arak), Khalid Samad seharusnya memeriksa terlebih dahulu dakwaan tersebut. Seandainya benar memang ada papan iklan itu, kenalah diturunkan dan bukan cuma tahu menafikan semua perkara demi kepentingan politik,” ujarnya ketika dihubungi.
Tambah Ahmad Mua’adzam lagi, sebagai Ahli Parlimen, Khalid perlu mempamerkan budaya politik sihat dengan tidak cuba meletakkan kegagalan diri sebagai Ahli Parlimen kepada pihak lain.
Ketua Pemuda UMNO Shah Alam itu turut menggesa Khalid agar segera menangani isu berhubung pesta arak itu kerana rata-rata umat Islam di negeri ini tidak pernah bersetuju dengan penganjurannya.

No comments:

Post a Comment