Followers

rantau ku sayang

Wednesday, October 8, 2014

Azmin Luluskan Octoberfest? Kecoh Tu


Kerajaan negeri semasa pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar bersama empat Exco Pas tidak pernah meluluskan permohonan penganjuran festival minuman keras, Octoberfest.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Iskandar Abdul Samad berkata, perkara itu juga tidak pernah dibawa dalam mesyuarat Exco sebelum ini.

Sehubungan itu jelasnya, dakwaan Octoberfest diluluskan semasa pentadbiran Abdul Khalid adalah tidak benar.

"Terdapat tuduhan Octoberfest diluluskan ketika pentadbiran Abdul Khalid dan empat Exco Pas. Ini adalah tidak benar.

"Ia tidak pernah dibawa kepada mesyuarat Exco," katanya dalam akaun Twitter miliknya hari ini.

Iskandar yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor merupakan salah seorang daripada empat Exco daripada parti itu yang terus setia bersama Abdul Khalid selepas pemecatan enam Exco DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berikutan kemelut jawatan Menteri Besar sebelum ini.

Tiga lagi Exco Pas terbabit ialah Sallehen Mukhyi, Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Dr. Halimah Ali.

Mohamed Azmin Ali mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang baharu pada 23 September lalu bagi menggantikan Abdul Khalid. 

No comments:

Post a Comment