Followers

rantau ku sayang

Monday, October 6, 2014

KERAJAAN NEGERI DAP PULAU PINANG YANG DIPIMPIN OLEH LIM GUAN ENG TIDAK BOLEH DIKRITIK?


Tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang menggugurkan wakil PAS Iszuree Ibrahim dari semua jawatankuasa tetap MPPP menunjukkan cengkaman kuasa dan pengaruh (hegemoni) DAP makin menular di Pulau Pinang.

Tindakan itu juga menunjukkan kerajaan negeri Pulau Pinang langsung tidak boleh dikritik walaupun oleh rakan pakatan sendiri seperti dibangkitkan Iszuree Ibrahim berkaitan isu perumahan dlm Muktamar PAS baru2 ini.

Sepatutnya apabila ditegur,kerajaan negeri harus menumpukan masalah itu dan bukannya mengambil tindakan ke atas individu yg menegur..!!

Kerajaan negeri DAP Pulau Pinang tidak perlu bertindak terlalu drastik apabila ditegur.Teguran itu dibuat kerana Iszuree Ibrahim merasakan polisi perumahan di Pulau Pinang ini tidak memihak kpd penduduk.

Kerajaan negeri Pulau Pinang perlu tampil bersama bukti bagi menangkis teguran Iszuree Ibrahim dan bukan menggugurkannya dari semua jawatankuasa tetap MPPP.
Kerajaan negeri Pulau Pinang wajar mengemukakan bukti utk menunjukkan teguran yg dibuat tidak benar dan mereka (kerajaan negeri) tidak propemaju.

Pemimpin negeri Pulau Pinang terutamanya Ketua Menteri,Lim Guan Eng harus bersifat terbuka menerima kritikan dan baiki kelemahan.Rakyat tahu bezakan antara yg benar dan yg salah.Tindakan drstik tanpa memanggilnya utk memberi penjelasan jelas menunjukkan teguran Iszuree Ibrahim itu adalah fakta bukan tuduhan..!!

Apa komen anda?

No comments:

Post a Comment