Followers

rantau ku sayang

Saturday, October 4, 2014

(PESTA ARAK, OKTOBERFEST) Nik Zawawi, SU Ulamak Pas HETAM Khalid Samad


Negara majmuk bukan alasan membenarkan pesta arak Oktoberfest – Nik Zawawi

Alasan negara majmuk tidak boleh digunapakai untuk terus membenarkan pesta arak seperti ‘Oktoberfest’ dianjurkan di negara ini, tegas Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh.

Sekalipun pengharaman arak hanya kepada orang Islam, tetapi orang bukan Islam tidak boleh menganjurkan pesta arak.

“Dari sudut kaca mata Islam, Islam hanya memberikan ruang untuk mereka minum sahaja, bukannya dalam bentuk pesta, iklan atau mempromosikan arak.

“Apatah lagi dianjurkan di khalayak ramai. Semua itu bercanggah dalam Islam,” tegasnya kepada wartawan ISMAweb.

No comments:

Post a Comment