Followers

rantau ku sayang

Friday, June 6, 2014

Isu kalah PRK Teluk Intan: Timbalan MB Kelantan pula balon DAP

Tembak menembak antara DAP dan PAS mengenai salah siapa punca kekalahan dalam pilihanraya kecil Teluk Intan makin panas.Ini bila Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah Rabu enter frame balon DAP kerana mendakwa cadangan PAS nak laksana Hudud jadi punca kalah.

Beliau sebaliknya mendakwa kekalahan pada pilihanraya kecil 31 Mei itu kerana kerana pengundi Cina memprotes DAP pilih calon Melayu iaitu Dyana Sofya Mohd. Daud bertanding.

Beliau menyatakan demikan kepada wartawan selepas merasmikan Seminar Perdagangan Kelantan, di Kelantan Trade Centre (KTC) di Kota Bharu.

Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan menegaskan sekiranya isu pelaksanaan hukum hudud menjadi faktor utama kekalahan pada PRK Teluk Intan, sudah tentu ia turut menjejaskan PRK Bukit Gelugor.

"Tetapi PRK Bukit Gelugor DAP menang dan tidak terjejas. Jadi ini tidak bersangkut paut dengan hukum hudud yang kita nak laksanakan," katanya.

"Pengundi Cina tidak berpuas hati dengan calon yang dikemukakan DAP. Masyarakat Cina nak calon Cina jugak. Mereka letak calon Melayu yang bukan tempat asal dia. Saya melihat dari sudut itulah dan saya ingin menasihatkan DAP supaya jangan meletakkan kesalahan itu kepada orang lain," katanya.

Sementara itu Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad menerusi Facebooknya mengiungatkan  jangan ada yang cuba memperlekehkan sumbangan PAS atau mengguriskan hati mereka dengan kenyataan-kenyataan yang tidak sepatutnya.

"Mereka juga manusia yang juga ada perasaan. Kesabaran mereka ada hadnya," katanya.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor mendakwa ahli-ahli PAS telah bertungkus lumus untuk memenangkan calon DAP pada PRK Teluk Intan.

Menurut Iskandar ada dalam kalangan mereka yang telah mengambil cuti dan berkampung di Teluk Intan di samping ada yang menyumbang wang ringgit. 

No comments:

Post a Comment