Followers

rantau ku sayang

Monday, June 2, 2014

KJ: BN Berjaya ‘Overturn’ Majoriti Undi

Kemenangan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dalam PRK Teluk Intan malam tadi dilihat sebagai kejayaan BN ‘overturn’ majoriti undi yang diperoleh calon DAP dalam PRU13 lalu.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan pengundi di Teluk Intan telah membuat keputusan yang terbaik dalam pemilihan semalam.

“Syukur, alhamdulillah satu kemenangan yang bermakna bagi BN. Walaupun majoriti kemenangan hanya 238 undi, perlu diingat bahawa BN telah berjaya ‘overturn’ majoriti 7 ribu lebih yang diperoleh calon DAP pada PRU yang lepas,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

“Saya yakin Ahli Parlimen Teluk Intan yang baharu itu akan memberi komitmen sepenuhnya kepada rakyat Teluk Intan ekoran peribadinya yang rajin dan merendah diri.

“Saya kenali (Datuk) Mah Siew Keong sejak beliau menjadi Ketua Pemuda Gerakan dan saya rasa pengundi Teluk Intan telah membuat keputusan yang terbaik pada hari ini. Beliau adalah seorang yang rajin, bijak dan merendah diri.

“Sudah pasti beliau akan memberi komitmen yang sepenuhnya kepada rakyat Teluk Intan.Tahniah kepada beliau dan seluruh jentera BN yang telah berkempen siang malam demi kemenangan ini,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan penyokong-penyokong BN agar tidak sombong mahupun melakukan ‘troll’ terhadap orang lain atas kemenangan itu.

“Kepada penyokong-penyokong BN, sambutlah kemenangan ini dengan penuh kesyukuran. Tak perlu kita riak, sombong dan ‘troll’ orang lain tak fasal-pasal.

“Ingat pada firman ALLAH SWT daripada surah Al-Imran yang bermaksud: Katakanlah: ‘Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki’.

“Kemenangan hari ini, siapa tahu apa akan berlaku esok. Bersyukur, kekal rendah diri, berbakti kepada rakyat,” katanya.

Semalam, Siew Keong menewaskan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daun dengan majoriti 238 undi.

Siew Keong memperoleh 20,157 undi manakala Dyana Sofya mendapat 19,919 undi. 

No comments:

Post a Comment