Followers

rantau ku sayang

Thursday, June 12, 2014

Mak Nyah Dibotakkan Selepas Ditahan Di Majlis Kahwin

Seramai 16 orang 'mak nyah' yang ditahan pada majlis perkahwinan telah dibotakkan kepala dan menghabiskan malam pertama mereka di Penjara Sungai Udang, Melaka pada Isnin.

Aktivis kumpulan transgender Justice For Sisters (JFS) Nisha Ayub,  berkata mereka telah diasingkan daripada penghuni-penghuni lain.Beliau berkata, walaupun dibotakkan kepala, mereka telah dilayan dengan baik.Beliau bagaimanapun berkata, timbul rasa bimbang di kalangan mereka kerana ia merupakan kali pertama mereka menghabiskan masa di penjara.

"Mereka tertekan. Ini adalah kali pertama mereka menghabiskan masa di penjara. Kebanyakan mereka adalah mak andam dan mereka bimbang ini akan menjejaskan reputasi dan pendapatan mereka," katanya kepada The Star Online.

Pada malam Ahad, Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan menahan 17 orang mak nyah pada majlis perkahwinan di Bahau, Negeri Sembilan.

Salah seorang daripada mereka telah dibebaskan kerana masih di bawah umur.

Mahkamah Syariah pada Selasa telah menjatuhkan hukuman terhadap 16 daripada mereka dengan denda RM950 setiap seorang dan tujuh hari penjara di bawah Seksyen 16 Enakmen Syariah Enakmen Jenayah 1992. 

No comments:

Post a Comment