“Dah kalah sudahlah, sudah cukup. MB kena terimalah kekalahan ini, tunggu lagi tiga tahun dan kena kerja untuk dapatkan balik kampung dia ini.“MB kampung dia di Pasir Tuntung, tetapi saya menang banyak di kampung dia, kampung dia sendiri pun tidak ada air, saya kena bawa air dari Kapar untuk bagi orang kampung dia air."
Itu antara kata-kata sindiran yang cukup menyengat dari S. Manikavasagam yang kata tak akan layan sebarang desakan supaya diadakan pemilihan semula jawatan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor yang dimenanginya dari Tan Sri Khalid Ibrahim.
Beliau meminta Khalid untuk menunggu lagi tiga tahun sekiranya berhasrat untuk merampas semula kedudukannya itu.
Manikavasagam berkata demikian di dalam sidang media yang diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat PKR Bukit Melawati pada Isnin.
Beliau merujuk kepada kenyataan Setiausaha Politik MB, Azman Abidin yang mendesak Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) untuk mengadakan semula pemilihan atas dakwaan adanya unsur penipuan dan sabotaj semasa pengiraan undi berlangsung.
“Sekiranya Azman benar-benar mahu bos (Khalid) menang, dia kena hadir masa pengiraan undi itu, bukan duduk di rumah tidur atau tengok bola.
“Kami akan bantah sekiranya benar pemilihan akan diadakan semula. Saya sekarang sudah Ketua Cabang,” jelasnya lagi.
Perkara itu turut diakui oleh wakil calon Mike, Norahim Tengol dan A. Steven yang turut berada di Ibu Pejabat PKR sewaktu pengiraan undi berlangsung.
Menurut kedua mereka, pengiraan tersebut jelas tiada unsur sabotaj seperti yang didakwa Azman.
“Saya ada masa kira tersebut, dan wakil MB yang tanda tangan dahulu borang keputusan tersebut, bukan saya. Ini bermakna mereka menerima keputusan tersebut,” kata Steven.
Khalid gagal mempertahankan kerusinya sebagai Ketua Cabang Kuala Selangor setelah enam tahun memegang jawatan tersebut.
Beliau dapat 515 undi manakala Manickavasagam 701 undi.
Ekoran daripada kekalahannya itu, kedudukan Khalid dilihat semakin goyah terutamanya melibatkan jawatan Menteri Besar Selangor.

No comments:
Post a Comment