Followers

rantau ku sayang

Thursday, June 5, 2014

PAS PULAK KATA PUNCA DAP KALAH PUNCA DARIPADA DYANA

Lepas Dap Perak balun kata punca kekalahan Dap pada PRK Teluk Intan berpunya dari calon Melayu si Dyana tu kali ini Pas pulak menempelak Dap katanya kekalahan Dap adalah berpunya dari salah meletak Dyana sebagai calon .

Menurut Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sekiranya isu pelaksanaan hukum hudud menjadi faktor utama kekalahan pada PRK Teluk Intan, sudah tentu ia turut menjejaskan PRK Bukit Gelugor.

"Tetapi PRK Bukit Gelugor DAP menang dan tidak terjejas. Jadi ini tidak bersangkut paut dengan hukum hudud yang kita nak laksanakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Perdagangan Kelantan, di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini, hari ini.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata bantahan pengundi Cina terhadap tindakan DAP meletakkan calon Melayu menjadi antara punca kekalahan DAP di Teluk Intan.

"Pengundi Cina tidak berpuas hati dengan calon yang dikemukakan DAP. Masyarakat Cina nak calon Cina jugak. Mereka letak calon Melayu yang bukan tempat asal dia. Saya melihat dari sudut itulah dan saya ingin menasihatkan DAP supaya jangan meletakkan kesalahan itu kepada orang lain," katanya.

Mohd Amar mengulas kenyataan Ahli Parlimen Puchong daripada DAP, Gobind Singh Deo yang menyifatkan isu pelaksanaan undang-undang hudud oleh rakan komponen mereka dalam Pakatan Rakyat, Pas, sebagai faktor Dyana Sofya tewas dalam PRK itu baru-baru ini.

Inilah wajah sebenar Pakatan Rakyat yang sememangnya tidak sekata , baik dari pemilihan calon sampailah ke pentadbiran Pakatan Rakyat semuanya tunggang langgang. Rakyat makin jelas menolak Pakatan Rakyat yang banyak berpolitik murahan dari membantu mereka. 

No comments:

Post a Comment