Followers

rantau ku sayang

Friday, June 6, 2014

Rakyat Sudah Mual Dengan Gaya Politik Kosmetik DAP – Prof Hanafiah

Kekalahan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, dalam pilihanraya kecil Teluk Intan baru-baru ini membuktikan bahawa rakyat kini sudah sedar tentang politik kosmetik dan kepura-puraan DAP yang cuba mengakali pertimbangan dan pemikiran rakyat di negara ini, demikian jelas Prof Madya Dr. Hanafiah Harun.

Menurut beliau yang merupakan seorang pensyarah di Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM), tindakan DAP meletakkan calon berbangsa Melayu sebagai bukti kononnya parti itu merupakan parti yang terbuka untuk semua kaum, ternyata gagal menutup ideologi dan prinsip rasis dan cauvinis menyebabkan parti tersebut akhirnya ditolak oleh rakyat pada PRK tersebut.

“Pada saya, rakyat sudah mulai sedar tentang permainan politik DAP yang tidak telus dan bermuka-muka ini. DAP cuba untuk meraih sokongan orang Melayu di Teluk Intan dengan meletakkan calon boneka mereka, Dyana Sofya tetapi malangnya, strategi mereka itu memakan diri kerana Melayu hari ini sudah kenal dan tidak lagi mudah terpengaruh penipuan dan politik kosmetik DAP ini.

“Ini disebabkan biarpun Dyana berbangsa Melayu, namun ideologi serta pemikiran Dyana itu bukan lagi seperti pemikiran bangsa Melayu apabila beliau sendiri berikrar untuk mengubah hak-hak keistimewaan orang Melayu seperti isu Uitm dan juga begitu lantang menolak perlaksanaan hudud di negara ini.

“Sebab itu ketika kempen DAP di sekitar Teluk Intan, kita dapati rakyat sendiri meluahkan rasa tidak puas hati dengan parti tersebut, malah ada peristiwa di mana gerombolan DAP dihalau dari berkempen oleh penduduk di sekitar kawasan itu,”

Tambah beliau, politik hipokrasi yang diamalkan oleh DAP ini ternyata hari ini tidak lagi mampu untuk mengaburi mata rakyat, apabila persepsi yang cuba dimainkan oleh parti tersebut gagal mempengaruhi majoriti pengundi di kawasan tersebut.

“Di dalam politik, persepsi merupakan satu perkara yang amat penting, dan inilah yang dilakukan oleh DAP dan pakatan pembangkang. Sekiranya rakyat terpengaruh dengan persepsi yang dimainkan, maka pemikiran rasional akan tenggelam ditutupi oleh persepsi tersebut, dan mereka akan mendapat keuntungan dari itu.

“Dan kali ini jelas tampak bahawa persepsi yang cuba dimainkan oleh DAP dengan meletakkan Dyana Sofya sebagai calon gagal untuk mempengaruhi pemikiran pengundi.

“Dalam hal ini, DAP tidak perlu menyalahkan sesiapa. DAP perlu sedar bahawa politik kepura-puraan tidak kekal lama. Perkahwinan di atas dasar pura-pura tidak akan kekal lama. Dan pada pandangan saya,  ‘perkahwinan’ antara DAP, Pas dan juga PKR lambat laun akan bercerai juga, kerana perkahwinan mereka itu hanyalah berdasarkan  kepura-puraan dan bukannya berdasarkan keikhlasan,” akhirinya. 

No comments:

Post a Comment