Followers

rantau ku sayang

Friday, June 13, 2014

Tak Pernah Jumpa Melayu Bangang......Pembinaan Kampus UITM Hanya Menguntungkan Kroni BN - Rafizi

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mendakwa perjanjian konsesi selama 23 tahun kepada syarikat swasta untuk membina enam kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) hanya menguntungkan kroni Barisan Nasional (BN).

Rafizi berkata, kerajaan bersetuju membayar sewa tahunan diantara RM56 juta sehingga RM69 juta setiap kampus.

"Jumlah keseluruhan bayaran konsesi tahunan ini kepada enam syarikat terbabit adalah RM8.6 bilion yang akan  ditanggung rakyat.

"Sedangkan kos untuk membina enam kampus cawangan ini dianggarkan hanyalah sebanyak RM1.8 bilion sahaja sekiranya Putrajaya membinanya tanpa diswastakan kepada syarikat melalui sistem konsesi," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Jelas Rafizi,  Putrajaya terpaksa menanggung bayaran konsesi tahunan yang dianggarkan berjumlah RM375 juta setahun selama 23 tahun.

Dalam pada itu  Rafizi menegaskan, setiap pemilik syarikat yang menerima konsesi penswastaan ini pada minggu depan akan didedahkan segala butiran mengenainya.

"Mereka adalah pemimpin Umno sendiri atau kroni terkenal mereka yang rapat atau memegang jawatan dalam Umno.

"Barulah rakyat dapat memahami bahawa Umno tidaklah membela UiTM seperti yang selalu dilaungkan sebaliknya membebankan UiTM dengan bayaran konsesi untuk mengkayakan pemimpin Umno dan kroni mereka," katanya.

Pada April lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Dewan Rakyat memberitahu enam syarikat dilantik sebagai pemegang konsesi untuk membina enam kampus cawangan UiTM Pasir Gudang di Johor, Jasin (Melaka), Seremban II (Negeri Sembilan), Puncak Alam (Selangor), Tapah (Perak), dan Kota Samarahan (Sarawak).

Kos untuk membina setiap kampus ini diantara RM280 juta ke RM315 juta.

No comments:

Post a Comment