Followers

rantau ku sayang

Thursday, June 5, 2014

Tun Dr Mahathir Sudah Bersuara : UMNO berhak ambil tindakan ke atas ibu Dyana Sofya

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata UMNO mempunyai hak untuk mengambil tindakan disiplin ke atas ahli UMNO yang menyalahi parti itu termasuk ibu kepada calon DAP pada PRK Teluk Intan yang baru berlalu.

Dr Mahathir berkata tindakan ini adalah suatu perkara yang biasa diamalkan.

“Ini adalah tindakan disiplin yang biasa.

“Sekiranya kamu membuat sesuatu yang salah kepada parti, maka parti mempunyai hak untuk bertanya mengapa kamu berbuat demikian,” katanya semasa satu sidang media selepas program Syarahan Perdana Presiden di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini.

Beliau berkata demikian semasa mengulas tentang tindakan UMNO yang telah menghantar surat tunjuk sebab kepada ibu Dyana Sofya Mohd Daud, Yammy Samat.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Selasa berkata UMNO telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Yammy kerana didakwa berkempen untuk anak perempuannya yang jadi calon DAP pada pilihan raya kecil itu.

Kata Tengku Adnan, surat tunjuk sebab itu perlu dijawab dalam tempoh 14 hari bagi dipertimbangkan untuk tindakan seterusnya sebagaimana tertakluk dalam perlembagaan parti.

“Kita beri dia (Yammy) surat tunjuk sebab untuk dibalas dalam tempoh 14 hari. Kita akan beri peluang untuk dia jawab kenapa dirinya tidak boleh digantung atau dipecat.

“Selepas tempoh itu, sama ada dia balas atau tidak surat berkenaan, perkara ini akan dibawa ke peringkat Jawatankuasa Pengurusan untuk dipertimbangkan sebelum status keahliannya dalam parti diputuskan Majlis Tertinggi UMNO,” kata Tengku Adnan.

Sementara itu, semasa mengulas tentang kemenangan tipis Barisan Nasional (BN) di pilihan raya kecil Teluk Intan, Dr Mahathir berkata beliau tidak pasti sekiranya kemenangan itu bermaksud orang ramai mula menyokong balik BN di kawasan itu.

Menurutnya, kemungkinan pada kali ini, DAP kehilangan keseluruhan 7,000 pengundi yang terdiri dari majoriti pada pilihan raya yang lalu.

Tambahnya, kekalahan kali ini berkemungkinan disebabkan ramai pengundi tidak menyokong DAP atau tidak keluar mengundi.

No comments:

Post a Comment