Followers

rantau ku sayang

Tuesday, June 10, 2014

Tun M mungkin risau peminggiran Melayu di Pulau Pinang berlaku di Iskandar



Berikut adalah tulisan Tun Dr Mahathir:
"I think people must respect the Constitution.  The Constitution says that the ruler is a constitutional ruler and not going to be involved directly in execution of any thing. But we see that in Johor this is not happening. Although the MB says that he will advise the ruler, but past experience have shown the MBs and even Prime Ministers sometimes defer to the ruler because he is the ruler.  This is a Malay adat, you see, that if the ruler says something, you just follow whether it is right or wrong. I am afraid  that the MB of Johor is not going to advise the Sultan; he is going to be advised by the Sultan.

"I think the government must be firm. In particular, the Prime Minister must be firm. (Sic) you deviate from the Constitution, other people will also ignore the Constitution and when they ignore the Constitution even the institution of the rulers maybe affected, because the rulers are there due to the Constitution not due to anything else.

"I hear in Johor lots of lands have been sold to foreigners, even the sea has been sold to foreigners and this is very bad and this is not being done by the state government Although the state government, of course, approves. That's how firm the state government is; they do things which they know is wrong."
Sepatutnya dia pencen tapi negarawan kita masih sayangkan negara dan masih mahu memberi teguran, nasihqt dna tunjuk ajar.


Unspinners harap Menteri Besar Dato Khaled Nordin ada muslihat di sebalik tindak tanduknya kerana Majlis Perajaan Johor menafikan Sultan yang mulakan Enakmen LPHJ. Baca Bigdog SINI.

Harap sangat disebalik usaha dan tindak tanduk Khaled, dia bukan setakat memikirkan hal perumahan dan kemasukan orang asing yang bagaikan tsunami tapi memikirkan juga hal berikut:


Sementara itu, apa punya bebal wakil rakyat pro KJ ini ....


Masa di dewan hanya dipersalahguna  untuk bantai Utusan yang merupakan suara unggul perjuangkan Melayu dan Islam. Kalau tak Utusan tegur, nak harap pemimpin UMNO yang banyak kaki ampu dan penakut macam Ali Mazat.

Utusan akan guna kenyataan Ali dalam Dewan untu terus menyerang Utusan. Hmmm ... baru teringat Khairy pernah menghentam Utusan Malaysia sebagai memberi umpan kepada pembangkang. 

Kalau Ali tak betul, akhirnya nanti kawasannnya di Bukit Permai akan bertukar jadi Bukit PASmai. 


Kita perlu hargai keprihatinan Tun M yang mana walaupun Prof Ramlah Adam ada hujah yang valid dari perspektif sejarah dan perundangan, penualan tanah dna hartanah kepada orang asing hingga rakyat tempatan Melayu CIna dan India pun tak mampu punyai rumah.

Isu Sultan Johor: Jangan komen kalau jahil-Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam 

Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam meminta mereka yang kurang arif mengenai undang-undang negeri dan institusi beraja menghentikan komen kerana ia akan menimbulkan kontroversi.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berhak menentukan Rang Undang-undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ).

Menurut Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam, kuasa berkenaan diperuntukkan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor (UUTKJ) 1895.

“Apabila ia merujuk kepada negeri Johor pula, tindakan Sultan Ibrahim mengikut peruntukan UUTKJ. Sebagai Ketua Negeri Johor, baginda mempunyai kuasa mutlak untuk menasihati, melantik dan menentukan lembaga pengarah kerajaan Johor. Sultan juga ada kuasa melantik pengurusan tanah dan memberi pandangan bukan mentabdir, kerana tugas itu dilakukan menteri besar bukannya Sultan,” katanya kepada The Rakyat Post.

Jelasnya, dengan bidang kuasa yang diperuntukkan kepada baginda, Sultan Ibrahim mempunyai alasan untuk bertindak bagi melindungi kepentingan rakyat dan negeri.

Ramlah turut memaklumkan, dalam pentadbiran negeri, menteri besar boleh menasihati sultan, tetapi sultan sebagai pemerintah, berkuasa mutlak dalam menentukan apa juga rang undang-undang yang bakal digubal.

“Semua undang-undang yang ditubuhkan perlulah dirujuk kepada sultan terlebih dahulu, contohnya isu pemberian tanah hak milik kekal selama 999 tahun di negeri Perak, dilakukan tanpa pengetahuan Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan tanpa menunggu keputusan Majlis Tanah Negara (MTN) dan masalah ini tidak pernah berlaku dalam sejarah kita.

“Tanah terletak di bawah hak negeri, bukannya persekutuan, dan kini Sultan Ibrahim sedar, selepas Pulau Batu Puteh diberikan kepada Singapura. Itu salah siapa?” katanya.

Menurutnya, selaku pelindung rakyat, Sultan Ibrahim berhak mencampuri urusan pentadbiran negeri.

“Saya rasa bukan niat Sultan Ibrahim nak campur tangan dalam urusan pentadbiran negeri, tetapi baginda nak mengawal harga perumahan, sekaligus membantu rakyat di negerinya berpeluang membeli rumah, kerana rata-rata rakyat Johor berpendapatan rendah dan tidak mampu membeli rumah,” katanya.

Jelasnya, sebagai Sultan Johor, baginda sendiri melihat tanah di negerinya dibeli rakyat Singapura dan menyebabkan rakyat tempatan terpinggir.

“Bila ada kuasa sultan, perkara itu boleh dilakukan. Sultan memang tidak mentadbir, tetapi baginda berkuasa untuk menentukan lembaga pengarah sebagai penyelaras negeri dan pelindung rakyat. Buat apa baginda nak mentadbir, kerana baginda merupakan ketua negeri Johor,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai komen pelbagai pihak berhubung isu berkenaan, Ramlah khuatir ia akan menimbulkan kontroversi.

“Kebanyakan tokoh politik, tokoh akademik, penganalisis perundangan, politikus hinggalah negarawan, tidak mempunyai kepakaran untuk menyentuh isu ini, kerana walaupun mereka pakar dalam bidang masing-masing, mereka bukanlah pakar dalam bidang Perlembagaan Negeri.

“Sultan memerintah mengikut peruntukan perlembagaan negeri masing-masing, tetapi kenapa isu ini masih lagi timbul? Apakah akta yang ingin diusulkan Isnin hadapan dalam sidang DUN bertentangan dengan akta Persekutuan dan Negeri? Saya rasa ia tidak bertentangan sama sekali.

“Apa yang Sultan Ibrahim cuba lakukan adalah untuk memberi penjelasan lebih tepat dalam pelantikan lembaga pengarah dan LPHJ bukanlah pejabat tanah, tetapi lembaga ini berada di atas pejabat tanah bagi memantau Majlis Mesyuarat Negeri,” katanya.

Sehubungan itu, Ramlah menasihati orang Melayu di Johor supaya tidak bergaduh dengan sultan sendiri, kerana akibatnya orang lain yang bakal bertepuk tangan.

No comments:

Post a Comment