Followers

rantau ku sayang

Tuesday, May 27, 2014

BEKAS PELAJAR UITM MENGUTUK DYANA....

Calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Telok Intan, Dyana Sofya Mohd Daud yang mempertikaikan peranan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dikutuk oleh pelbagai pihak terutamanya bekas-bekas pelajar universiti terbabit. Calon DAP itu dilihat semakin terdesak kerana sanggup mempolitikkan isu pendidikan ini demi untuk membolehkan kemenangan berpihak kepada DAP.
Tindakan beliau telah menyebabkan ramai bekas-bekas pelajar UiTM tampil mengutuk Dyana yang mempolitikkan isu pendidikan sebagai satu bahan politik kotor mereka bagi meraih simpati pengundi bukan melayu disini.

Menurut Bekas Presiden Persatuan Diploma Perbankan UiTM Segamat, Mohammad Shazrul Zulkifle berkata UiTM ditubuhkan bagi membantu mengubah hala tuju orang Melayu bagi bersaing dalam industri kewangan dan perniagaan yang dimonopoli oleh kaum bukan Melayu. "Jika nak menjadi anggota Parlimen, Dyana Sofya sepatutnya membuat kajian tentang isu lebih relevan seperti ekonomi bukan menyentuh peranan UiTM," katanya.

Bagi bekas penuntut jurusan Diploma Pengurusan Perniagaan, UiTM Segamat, Johor, Muhammad Akmal Ridzuan Abd Rahim berkata sebagai bekas penuntut jurusan undang-undang UiTM, calon DAP itu sepatutnya sedar bahawa penubuhan UiTM yang dibuka kepada Bumiputera termaktub dalam Artikel 153, Perlembagaan Persekutuan.

"Dia (Dyana Sofya) tidak patut libatkan UiTM dalam politik untuk mendapatkan undi bukan Melayu dan saya tidak nampak sebarang keperluan untuk UiTM dibuka kepada kaum lain berikutan terdapat 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) lain yang dibuka kepada kaum lain. "Kenapa gunakan UiTM dalam kempen politiknya? Tindakan beliau Mempolitikkan UiTM membuatkan kami sebagai bekas penuntut sangat terasa hati," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Kebajikan India Malaysia (PKIM) A.Prakash berkata beliau selaku anak jati Teluk Intan tidak bersetuju dengan pemilihan Dyana Sofya yang dilihat belum cukup matang untuk mewakili kawasan itu di Dewan Rakyat. Beliau berkata wanita itu dilihat hanya menjadi 'boneka' DAP yang jelas mempergunakannya untuk mendapat simpati daripada pengundi Melayu khususnya.
"Sebagai anak Teluk Intan saya berpendapat ramai lagi pemimpin yang boleh diketengahkan sebagai calon, kerana Teluk Intan memerlukan pembangunan. "Tindakan DAP meletakkan calon yang tidak berpengalaman ini boleh merugikan Teluk Intan kerana mereka akan cuba mempolitikkan isu perkauman," katanya. 

No comments:

Post a Comment