Followers

rantau ku sayang

Friday, May 23, 2014

KJ Kecam Tindakan Kurang Ajar Rayer

“Jika Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, R.S.N Rayer bukan seorang wakil rakyat yang bacul, kami cabar beliau mengulangi kata-kata kesat (celaka) terhadap pemimpin UMNO secara terbuka di luar dewan di hadapan kami”.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, wakil rakyat DAP itu wajar berbuat demikian untuk membuktikan beliau bukan seorang lelaki yang penakut kerana cuma berani mengeluarkan cacian itu sewaktu berada dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

“Sebagai seorang ADUN, beliau secara terang telah menggunakan imuniti semasa berbahas di DUN Pulau Pinang dengan mengeluarkan kata-kata kesat itu kerana tahu tidak akan dikenakan tindakan.


“Namun apa yang pelik, wakil rakyat DAP itu tidak pula mahu mengulangi perkataan itu terhadap para pemimpin dan penyokong UMNO di luar dewan. Jadi, kita boleh simpulkan wakil rakyat itu gemar melakukan `keberanian terpilih’ atau bahasa mudahnya, seorang penakut,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Khairy Jamaluddin berkata, Rayer selaku wakil rakyat tidak sepatutnya melakukan keceluparan seperti itu kerana rakyat boleh menilai integriti seseorang pemimpin seperti Nayer yang kononnya hebat dalam dewan, namun menikus apabila berada di luar.
Sehubungan itu, beliau menyokong penuh tindakan Pemuda UMNO Pulau Pinang membantah kebiadaban Nayer tersebut malah berpendapat ia perlu terus dilakukan bagi memberi tekanan supaya Nayer menarik balik kenyataannya itu.

“Saya mengecam keras tindakan kurang ajar ADUN DAP, itu yang sehingga semalam dengan angkuhnya mengaku tidak akan memohon maaf atas keterlanjuran menggelarkan UMNO dan ahlinya sebagai celaka,” katanya.

Beliau dalam pada itu itu mengingatkan Pemuda UMNO supaya mengikut landasan undang-undang dalam membuat sebarang bantahan seperti tidak menceroboh sidang DUN atau membahayakan keselamatan awam.

“Tindakan menceroboh DUN tetap salah,” tegasnya yang berkemungkinan merujuk kepada insiden sekumpulan penyokong UMNO memasuki DUN Pulau Pinang untuk mendesak Rayer memohon maaf semalam.

Rayer pada 20 Mei lalu mengeluarkan perkataan kesat dengan menggelar pemimpin UMNO sebagai ‘celaka’ ketika membahaskan ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas dalam persidangan DUN.

ADUN DAP itu mendakwa beberapa pemimpin UMNO di negeri ini cuba menghasut rakyat melalui satu demonstrasi dengan mengapi-apikan tragedi 13 Mei 1969.

“Celaka-celaka UMNO ini kurang ajar, biadad dan selalu mengapi-apikan dengan membawa sepanduk memainkan isu rasis peristiwa 13 Mei. Celaka mereka,” kata Rayer. 

No comments:

Post a Comment