Followers

rantau ku sayang

Monday, May 26, 2014

SEKULAR..!!! PAS Jual Islam Untuk Dapat Sokongan DAP.

Keputusan pas untuk tidak meneruskan hasratnya membentangkan cadangan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan tidak memeranjatkan malah sudah dijangka.

Sekali lagi Pas membuktikan kepada rakyat bahawa agenda politiknya adalah lebih penting daripada perjuangannya membela Islam.

Maka Pas tidak ubahlah seperti parti sekular yang lain seperti sekutunya PKR dan Dap yang tidak mempunyai agenda agama dalam perjuangan.

Ini tidak memeranjatkan kerana sememangnya kedua parti tersebut menjiwai nilai-nilai sekular.

Bagi PKR dan Dap agama adalah penghalang kepada kemajuan kehidupan manusia maka ia harus diketepikan.

Tetapi bagaimana pula Pas yang pada asalnya keluar dari induknya Umno dan menubuhkan parti berteraskan Islam.

Pemimpin awal Pas menuduh Umno tidak Islamik dan mengikut sistem sekular penjajah Inggeris.

Mereka mendabik dada bahawa parti merekalah yang sebenar-benarnya mengamalkan Islam serta memperjuangan prinsip-prinsip agama tanpa campuran nilai-nilai sekular.

Maka Pas menjadikan prinsip menegakkan negara Islam sebagai satu-satunya tunggak utama perjuangan parti itu.

Bagaimanapun setelah lebih lima dekat kewujudannya, Pas sudah semakin jauh daripada perjuangan asal malah sudah mendekati rupabentuk sebuah parti sekular yang menidakkan nilai-nilai agama.

Umno yang dilemparkan bermacam-macam fitnah dan tohmahan kotor oleh Pas selama ini tetap beristoqomah mempertahankan kesucian Islam serta giat membangunkan taraf sosio-ekonomi umat Islam di negara ini.

Umno tidak meletakkan Al Quran sebagai perlembagaan tertinggi Pas, namun ialah yang merealisikan ajaran dan seruan kitab suci itu dalam menghayati nilai-nilai murni.

Pas tinggal sebagai parti yang hanya pandai berkokok dan berpolitik siang malam tanpa memikir sedikitpun untuk membela nasib orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

Dari dahulu sehingga kini Pas hanya layak dipanggil sebagai parti pilihan raya kerana hanya ketika musim mengundi sahaja parti itu akan muncul dan berlagak seolah-olah ialah parti pilihan rakyat.

Pas melalui masalah identiti yang kritikal sejurus menyertai pakatan pembangkang dengan PKR dan Dap.

Jika dahulu ramai melihat pas sebagai parti yang lebih lama berjuang dalam arena politik berbanding PKR dan Dap akan sedikit sebanyak mempengaruhi dasar atau pendirian pakatan pembangkang perihal Islam dan isu-isu berhubung kepentingan agama dan umat Islam.

Malangnya sebaliknya yang berlaku – Pas pula dilihat semakin tunduk dan rela diperkudakan oleh dua sekutunya hinggakan dilabel sebagai keldai atau barua Dap dan PKR.

Setiap sesuatu yang disuarakan oleh Dap khususnya, Pas sama sekali tidak berani menaikkan kepala tetapi tunduk sebagai hamba parti rasis itu.

Dalam isu hukum hudud, pada mulanya Pas memberi harapan kepada ahli dan penyokongnya bahawa parti itu akhirnya berpeluang membuktikan kepada rakyat ia benar-benar serius mahu melaksanakan apa yang telah diperjuangkan lebih 50 tahun.

Malangnya apabila Dap mengancam untuk menendangnya keluar daripada pakatan pembangkang, pemimpin Pas mula mengeletar lutut dan akhirnya rebah ke bumi sujud kepada Dap buat sekian kalinya.

Pas tidak lagi boleh mendabik dada mengatakan ia berjuang untuk Islam kerana demi politik ia sanggup membelakangkan agama.

Malah Pas tidak teragak-agak untuk menjual Islam kepada dap dan PKR sekiranya ini bermakna mereka boleh mendapat lebih kerusi dalam pilihan raya.

Pas akan terus kekal sebagai parti pilihan raya kerana itulah kekuatan dan keistimewaan dari dahulu hingga sekarang.

No comments:

Post a Comment