Followers

rantau ku sayang

Thursday, May 22, 2014

Ini pesanan Tunku Aziz pada Dyana...BUKA MATA dan fikir apa DAP telah buat...


Calon DAP pilihanraya kecil Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud harus membuka mata dan belajar untuk berfikir secara kritis dan melihat dengan lebih luas bagi memastikan beliau tidak terus hanyut dengan corak permainan politik parti itu.

Malah Dyana perlu meneliti sebab atau punca mengapa bekas pemimpin DAP mengambil keputusan untuk meninggalkan parti cauvinis itu sebelum ini

Ini antara ingatan dan nasihat bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim ketika diajukan berkenaan wanita Melayu yang jadi calon DAP itu.

“Nasihat saya kepadanya, sentiasa buka mata dan sentiasa mendengar. Juga lihat kepada setiap langkah dan keputusan yang diambil DAP, dan lihat juga langkah kamu (Dyana) sendiri adakah kamu mempertahankan keistimewaan Melayu itu sendiri.

“Kenapa saya cakap begini, ini kerana DAP sudah lama mengatakan bahawa mereka tidak menentang Melayu, dan mereka adalah parti berbilang kaum, tapi saya rasa semua tahu bahawa DAP bukan satu parti yang demokratik,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Tunku Abdul Aziz, Dyana perlu belajar untuk melihat dengan ‘critical eye’, dia juga perlu belajar melihat kepada larger interest of the Malays.

“Dia juga seorang Melayu dan dia juga cakap bahawa dia tidak mahu kepada perbezaan kaum dalam politik.

“Sebenarnya pada saya, apa yang dia cakap itu hanyalah suara yang selama ini Lim Kit Siang cakap, Lim Guan Eng cakap dan juga apa juga mendiang Karpal Singh selalu cakap, tetapi hakikatnya parti untuk kaum Cina,” jelasnya.

Menjawab soalan katanya, Dyana sudah mengkhianati orang Melayu apabila sudah meningkari janjinya untuk tidak mengkhianati Malaysia dengan kenyataan supaya membuka kemasukkan pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak hanya untuk orang Melayu.

Beliau juga menyifatkan, nasihat yang dikeluarkan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil semalam selepas selesai proses penamaan calon di Teluk Intan tidak diserap baik oleh anak muda itu.

“Dia sudah menjadi pengkhianat pun pada hakikatnya dengan kenyataan untuk membuka UiTM kepada semua kaum, sebab kerajaan selama ini mengusahakan untuk menyediakan pendidikan kelas pertama kepada kaum Melayu.

“Paling tidak sepatutnya dia fikir berkenaan orang Melayu yang lain, jangan sebab dia sudah ada ijazah dan sudah tidak belajar di situ lagi maka saya tidak perlu fikir lagi berkenaan orang lain,” katanya. 

No comments:

Post a Comment