Followers

rantau ku sayang

Monday, May 26, 2014

PERLU TAHU..!!! Sebab Penentangan Orang Melayu Terhadap Malayan Union.

Kehilangan kedaulatan raja :

- Pada pandangan orang melayu, raja atau sultan merupakan lambang kuasa dan kedaulatan orang melayu

Pemberian Kerakyatan (Kewarganegaraan) secara Jus Soli :

- Dipercayai boleh mengurangkan majoriti orang melayu di tanah melayu
- Dengan itu, kedudukan ekonomi dan politik orang melayu akan terjejas
- Akhirnya akan mengakibatkan hak istemewa orang melayu terjejas

Malayan Union digubal oleh kerajaan British tanpa mendapatkan pandangan daripada orang Melayu :

- Malayan Union dirancang di London tanpa pengetahuan dan penglibatan pemimpin-pemimpin Melayu
- Perlaksanaannya terlalu tergesa-gesa
- Misalnya, Sultan hanya diberi masa sehari untuk membaca syarat-syarat dan menandatangani nya tanpa berbincang dengan pembesar negeri

Cara Harold Mac Michael mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu tidak disukai :

- Menggunakan kekerasan dan paksaan supaya sultan-sultan menerima perlaksanaan Malayan Union
- Sultan-sultan juga tidak deberi masa yang cukup untuk membincangkan cadangan ini dengan pembesar negeri dan rakyat jelata

Pengenalan Hak Kesamarataan :

- Menyamakan taraf orang melayu sebagai pribumi Tanah Melayu dengan kaum-kaum lain yang baru datang ke tanah melayu seperti Cina dan India
- Pengenalan ini akan menyebabkan orang melayu hilang kuasa di Tanah Melayu pada masa depan

Kuasa Raja Melayu dihadkan :

- Raja melayu hanya berkuasa keatas adat resam melayu dan agama islam sahaja.
- Ketaatan orang melayu kepada raja ingin raja mereka diberi kuasa yang lebih besar dan luas.

No comments:

Post a Comment